Search This Blog

Showing posts with label bobo dan bola. Show all posts
Showing posts with label bobo dan bola. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Penyakit bingai

Penyakit ini penyakit berjangkit. Belum ada ubat. Diwartakan sebagai penyakit berbahaya oleh WHO. Serius. Cuma, pembawa penyakit akan segera sembuh jika kuman dapat disebarkan kepada perumah yang baru.

Tak percaya?

Tengok game Malaysia - Thailand itu hari? Ala, yang 2 - 1 tu...

Tengokkan.

Tengok game Malaysia - Indonesia baru tadi? Yang menang 1 - 0 tu...

Ha....

Ingat tak sapa yang bingai masa first game? Dah kan...




Yang game tadi pulak? Ha.....



FAM, sila ambil berat isu ini!

Wednesday, November 9, 2011

Bingai yang nyata

94 minit sebelum Maghrib tadi, gua rasa minit-minit yang paling lama dalam hidup. Hampir-hampir juga patah kaki kerusi meja dalam rumah ni tadi. Barisan penyerang Harimau Bingai mengekalkan rentak bingai terutama sekali pemain jersi 18. Lima chances gol pendahuluan dan cantik di sia-siakan macam makan Mamee time perut kenyang. Entah apa dia gugup pun gua tak tahu.

Kalau main dengan Cambodia buat perangai gugup dia lagi, memang la.

Memang la dasar bingai!

Note : Terang lagi bersuluh pasukan bola Malaysia ketandusan penyerang. Bak kata Zainal Abidin Rawop tadi, "Natural Born Striker". Pada gua, pemain bola sepak yang complete pakej bukan saja kene ada skill yang tinggi. IQ juga penting. Takdelah bingai macam Syahrul Azwari tadi. Bingai!



Monday, November 7, 2011

Harimau bingai

Gua rimas dengan komentar-komentar bangang dalam first game Malaysia - Singapura kat Astro Arena sekarang ni. Secara jujur, gua tak nampak bayang pingat gangsa jauh sekali pingat emas untuk Sukan S.E.A kali ni. Kalau ada kesempatan nanti, gua nak buat statistik berapa banyak faul, berapa kali tergolek, berapa kali sepak tak tentu hala, berapa kali, berapa kali. Belum kira lagi percubaan menarik tapi fail tengah jalan sebab team work tu ada, tapi tak power mana. Bingai betul gua rasa. Bingai!




Ramalan gua kali ni:-

Malaysia 0 - Singapura 0

Malaysia 1 - Thailand 3

Malaysia 1 - Cambodia 2

Malaysia 0 - Indonesia 16





Sunday, October 31, 2010

Kah! Kah! Kah!

Semalam, gol pertama Negeri Sembilan gua tengok diorang celebrate macam piala dah ada atas riba Wan Jamak. Lupa ke hapa baru main berapa minit. Kalau gua dekat stadium, memang gua dah lempang-lempang muka budak Shahruain tu. Aidil jangan cakap la. Kene tendang rusuk kiri baru dia sedar, piala tak cium lagi.

Hati gua memang dah terdetik Kelantan menang. Pakcik, makcik, abe, kakak, pakat ramai-ramai kasi tabik sama Hairuddin sama Badhri Radzi. Gol yang disumbatkan memang padu. Sedap weh, dapat cuti hari ni. Baru boleh layan Melodi, ye tak?

Oh, kerusi-kerusi stadium nampaknya selamat. Pakcik ambulan pun nampak rileks hisap rokok. Takde kejadian kepala berdarah atau pengsan katanya.

Ah, bola Malaysia. Kadang-kadang ada indahnya juga...

Tuesday, September 21, 2010

Saturday, June 12, 2010

Agak-agak German masuk final tak?

Musim world cup ni, gua memang takde mood nak berdating sampai lupa Maghrib..

Sunday, August 30, 2009

Menang tapi tak bergaya. Ape jadah?!!


Walaupun gua punye gembira MU menang sampai tahap tepuk meja, tapi gua ade rase sikit terkilan. Game play MU tak best mane pun. Bahagian atas selalu kosong. Valencia kaku. Patut Alex Ferguson cium tangan Diaby abis game semalam.

Memang dah sampai masa gua hantar resume ke Old Trafford!

"One down at half-time it's always an uphill task against a team of Arsenal's capabilities. We had to dig deep and I think in fairness we really did perform well in the second half. Last season we lost four points to Arsenal...six to Liverpool. You have to try to correct these things as best you can." -Alex Ferguson-

"We go home with no points and that is very frustrating. When you play like that to go home with no points is very difficult to accept. But I'm very positive because we showed great quality. Our performance is very encouraging for the future and there are more positives than negatives from today's game." -Wenger-

Wednesday, June 3, 2009

Tahun 98 saya sokong Perancis

Kepala Zidane macam meriam. Dia bawak bola pun lawa.

Abang Barthez yang tangkas. Tak sia-sia MU beli dia dulu

Cuba teka siapa dia yang pakai jersi no.18 Brazil tu?

World cup 98 kat Perancis. Masa prep malam, budak-budak 3 Arrazi buat prediction Brazil menang. Ada yang cakap Brazil bubuh Perancis 3-0. Ada yang cakap 3-2. Yang jenis suka sangat dengan Ronaldo predict 5-0. Gile!

Sepanjang game aku makan kacang dengan senang hati. Seingat aku malam tu, midfield Brazil macam tak function. Dua headed gol Zidane bubuh. Petit tambah satu masa minit-minit akhir. Terus aku syak budak-budak 3 Arrazi belajar bomoh tak habis. Songsang betul diorang tu. Bila wisel penamat bunyi, terus aku dengan partner in crime lari keliling blok asrama. Dia punye excited tak boleh blah....Zidane memang best!!!

Besoknya dalam kelas dia punye mengantuk lain macam. Nak pulak time kelas geografi...

Thursday, May 28, 2009

Gua mana pernah marah-marah

"Ah, sekurang-kurangnya masuk final..." kata gua sambil mengesat hingus yang mula keluar.

Sindrom Arsenal skit-skit. Over confident. Malaslah nak ulas.

*******************

Antara perkara 'ajaib' sepanjang hari ini :-
  1. Aku amik EL sebab tak cukup tido. Tapi, tetibe boleh pulak pegi makan nasi lemak kat Templer Park, jalan-jalan kat Zoo Negara, lunch kat ikan bakar Jalan Bellamy, tengok orang main sampan kat Tasik Perdana, dan lepak-lepak makan pizza. Gila hebat. Kalu masuk opis mau tertido-tido kat meja.
  2. Sepanjang jalan-jalan asyik terserempak ngan kereta tepek sticker MU kat kat cermin belakang.
  3. Dalam Zoo Negara pon, ramai gak yang pakai jersey MU. Seme jenis sama ngan aku. EL nak tenangkan hati. Even budak tadika pon pakai jersey MU. Heh!
  4. Ramai ke supporters Barca? Ke malam tadi seme supporters Liverfool, Chelsea and Arsenal yang jenis tak puas hati tak dapat main final.
Lepas ni kene tengok Liga Malaysia plak lah. EPL dah abis. Eh, Liga Malaysia dah abis ke belum?

Sunday, April 26, 2009

Kisah bola pertama saya

Aku layan tengok FA Cup Malaysia, Selangor dengan Kelantan. Tapi kejap-kejap aku tukar channel tengok Liverfool lawan Hull. Kejap-kejap pastu aku tengok Chelsea lawan West Ham Utd. Tiga-tiga pon cam celaka punya menyampah. Lagi menyampah yang TV1.

Passing bola lembab. Sepak ntah kemana hala. Kene tackle, jatuh, sakit macam dah nak tercabut lutut. Banyak buang masa golek-golek sakit atas padang. Main cam taik. Budak taski abim main lagi bagus la weihhh. Bola Malaysia sampai kiamat lah macam cilanat!

Masuk je hujung-hujung game FA Cup baru aku tengok dengan serius. Takut nanti termiss plak aksi 18 SG penyokong Kelantan. Rugi weihh.... Aku syak Amri Yahyah dulu Mat Rempit. Paling koman pon dia tuh mesti peminat kipas susah mati Superman. Gol dia gol Superman beb! Pastu aku syak, malam semalam Indaraputra mimpi tiang gol. Sepak kene tiang. Sepak penalti pon kene tiang. Ape cer?!!

Apapun MU tetap dihati. Tertinggal 2-0 masa first half dgn Tottenham. Masuk second half bagi 5 bijik. Pucat muka keeper. Aku syak Ferguson abih keluar ayat carut. Sama macam aku masa main Football Manager. Cilakak! Suka kasi aku heart attack.