Search This Blog

Wednesday, June 3, 2009

Tahun 98 saya sokong Perancis

Kepala Zidane macam meriam. Dia bawak bola pun lawa.

Abang Barthez yang tangkas. Tak sia-sia MU beli dia dulu

Cuba teka siapa dia yang pakai jersi no.18 Brazil tu?

World cup 98 kat Perancis. Masa prep malam, budak-budak 3 Arrazi buat prediction Brazil menang. Ada yang cakap Brazil bubuh Perancis 3-0. Ada yang cakap 3-2. Yang jenis suka sangat dengan Ronaldo predict 5-0. Gile!

Sepanjang game aku makan kacang dengan senang hati. Seingat aku malam tu, midfield Brazil macam tak function. Dua headed gol Zidane bubuh. Petit tambah satu masa minit-minit akhir. Terus aku syak budak-budak 3 Arrazi belajar bomoh tak habis. Songsang betul diorang tu. Bila wisel penamat bunyi, terus aku dengan partner in crime lari keliling blok asrama. Dia punye excited tak boleh blah....Zidane memang best!!!

Besoknya dalam kelas dia punye mengantuk lain macam. Nak pulak time kelas geografi...

2 comments:

mabuk said...

Zidane memang power.

NuRuL AiNA said...

aku terkenang ko dgn partner in crime dulu laaaa masa nih..hahaha