Saturday, February 6, 2010

Sedap ke pergi Genting Highland?

Gua baru balik dari Genting Highland. Pecah dara juga kereta 1.0cc gua naik bukit. Naik skyway memang gua gayat.

Tapi, Genting sekarang dah tak macam dulu. Lain sesangat. Tak asli langsung. Dia punya sejuk serupa ekon speed 17 degree. Kasino pun gua tak jumpe dekat celah mana. Malas gua nak cerita panjang. Pening naik Flying Coster pun tak abis lagi. Baru sekarang gua sedar, jadi superman pun bukan best mana. Gayat tak patut gua cakap lu....

Monday, February 1, 2010

Ha, tunggu apa lagi? Angkat la.... LAGEJ


Ok, mula-mula gua nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada saudara Firol sebab jemput gua hantar karya merapu untuk dijadikan kompilasi. Kalau jumpe depan-depan mesti gua jerit sama beliau "Trima Kaseyyyy!!!"

Maka dengan ini gua cadangkan lu orang angkat sebiji sorang satu. Banyak stori-mori dalam ni yang boleh dijadikan panduan hidup. Panduan untuk mencari jodoh pun ada. Betul, gua tak tipu. Ada juga 2-3 cerita yang buat dada gua jadi sebak tak patut. Belum kira yang buat gua tersenyum sipu.

Kalau mahu kasi roger sama gua. Sebiji RM20. Upah pos, takpe... gua belanja. Ha, tunggu apa lagi? Angkat la!

p/s: Cikgu sekolah, pustakawan, ahli kariah masjid, makcik nasi lemak, pakcik lori, makwe opis, brader bengkel, lu orang tunggu apa lagi? Kasi angkat la sebiji. Membaca jambatan ilmu tau...

Sunday, January 31, 2010

Ahmad Hairan bin Ajaib

1. Hairan sungguh. Macam mana brader rambut kembang tu boleh selamba jalan tengah panas sambil pakai sweater. Nampak sekilas pandang dah serupa Chester, Linkin Park. Kagum gua sama lu brader. Boleh layan macam dekat New York tu....

2. Sungguh hairan. Rata-rata gua nampak sekarang ni, orang lelaki paling jaga aurat. Gua tak nampak lagi ade brader jalan pakai boxer dalam Midvalley. Tapi kalau yang perempuan, gua tengok dah mula mengundur ke zaman Paleolitik. Mak Limah gua pun belum pernah lagi buat perangai sapu laman sambil berkemban. Lu orang selambe je kemban jalan-jalan dekat KLCC. Canggih tak patut!

3. Gua terus hairan. Tadi masa nak pergi bersosial, gua pekena pakai seluar yang selalu gua buat pergi memancing. Dah lama juga seluar tu terlipat dalam almari. Gua try pakai. Lega... Saiz pinggang masih maintain. Gua berdiri depan cermin. Gua sengih. Perut tak berapa menonjol. Gua masuk tangan dalam poket macam Chuck Norris. Gua hairan. Gua keluar tangan. Gua sengih. Amacam beb... gua jumpa not 50 lagi!

p/s: Takkan gua dah sampai level ahli sufi kot?

Thursday, January 28, 2010

Keajaiban hanya berlaku kepada mereka yang tidak pernah berputus asa

Gua tengah takde duit. Gaji macam kura-kura nak masuk akaun. Isi minyak semalam pun buah hati yang isikan guna kad minyak dia. Kalau gua kurang iman, memang gua pergi rompak juga Bank Islam. Sejak malam semalam lagi gua dah pasang niat puasa sunat.

Masa tengah panaskan enjin ke suhu suam-suam kuku, gua kelebek dashboard, tepi pintu, celah kusyen, cari belen-belen syiling buat bayar tol. Kira-kira tak cukup, gua korek pulak dalam dompet. Harap-harap ada terselit seposen dua. Akak tol pagi-pagi macam ni bukannya boleh di bawa berbincang sangat.

Korek punya korek, di celah-celah antara IC dan student kad dulu-dulu, gua terasa ada lipatan kertas yang agak tebal. Perlahan-lahan gua tarik keluar dengan dada yang berdebar. Ah, gua dah mula rasa lain macam.

Dengan mata yang berkilau-kilau gua pandang lipatan kertas di atas tapak tangan dengan senyum senget. Gua percaya ilmu magik gua dah mula cecah level David Copperfield. Sepanjang pemanduan ke opis, gua punya senyum memang semanis kurma....

***

Sebelum masuk opis, gua singgah Ali Corner bungkus roti telur 2 keping sama teh tarik. Soal puasa tu, gua dah postponed ke bulan Rejab.


p/s: Heh, percaya atau tidak, dompet gua memang ajaib. Entah macam mana boleh terselit not 50, 3 keping. Sekarang gua mula percaya satu bende. Dompet kalau di pakai sampai nampak 'season', dia boleh generate duit secara sendiri!

Tuesday, January 26, 2010

Perihal mintak MC boleh buat gua high pressure!

Balik kerja semalam, gua dengan gaya cemas terus ke klinik. Gila babi! Kepala dia punya berdenyut memang lain macam. Hidung pulak kejap-kejap datang haid. Sepanjang pemanduan, gua dah tak pikir lain. MC! MC! MC!

Sampai je di klinik, gua disambut senyuman masam akak kaunter. Kalau gua tak pikir MC, memang gua carut juga akak tu. Langsung takde budi bahasa nak layan pesakit kritikal macam gua. Mujur bapak gua takde share dalam klinik tu. Kalau tak itu jam juga gua kasi terminate.

Turn gua jumpe doktor pun sampai...

"Ada amik apa-apa ubat tahan sakit tak?"

"Takde"

"Smoking"

"Tak"

"Alkohol"

"Tak"

"Kerja macam mana?"

"Teruk jugak"

Kepala gua semakin berdenyut. Gua tengok doktor tak habis-habis conteng kertas.

"Sejak bila sakit ni?"

"Malam semalam"

"Jadual tidur macam mana?"
.

.

.

.

Gua syak doktor ni dulu memang jenis hapal buku teks nak kasi pas sijil kedoktoran. Ada dekat 20 soalan juga gua jawab secara sabar sebelum dia start amik blood pressure. Cilanat tak patut! Kalau gua tahu perangai macam ni, baik makan penadol aje....

Tuesday, January 19, 2010

Hal-hal memancing bukan lagi agenda utama gua tahun 2010 ni!

Gua ada tiga ekor ikan. Sekor nama Abu kaler hitam. Sekor pulak nama Mary, merah-merah. Sekor lagi nama Tijah, kaler oren. Gua suka tengok diorang berenang-renang dalam akuarium. Paling gua suka dengan Tijah. Aktif dan periang. Pantang gua tabur makanan cepat aja dia kejar dan makan. Memang serupa dengan perangai Tijah, kawan gua masa tadika dulu.

Tadi, gua hantar MMS aksi ikan-ikan ke buah hati. Tak sampai seminit henpon gua berbunyi bingit.

"Macam mana you tau ikan tu jantan ke betina?"
.

.

.

.

p/s : Ok, macam mana gua nak belek ikan gua ni jantan ke, betina ke, khunsa ke?

Saturday, January 16, 2010

Perihal perut buncit amat menggusarkan hati gua...

Sebelum pergi kerja tadi, gua hantar Mira pergi sekolah. Ada kelas komputer katanya. Gua dulu umur 13 tahun baru belajar cara pegang mouse. Kalau menaip memang tak sempat nak pandang monitor. Jari pun guna dua.

Sepanjang perjalanan, gua diam, Mira pun diam. Gua tengok dahi dia punya berkerut dah ada gaya Mahathir sikit-sikit. Gua biarkan aja. Kecik-kecik pun dah pandai nak berkerut dahi. Budak-budak zaman sekarang memang susah gua nak paham.

"Bobo, kita tak sukalah pergi kelas ni" Mira bersuara sambil pandang gua.

"Apahal?" gua balas sambil sebelah tangan reply SMS.

"Cikgu Azimah tu garang sangat. Salah sikit pun nak marah-marah" jawap Mira.

"Sapa suruh buat salah" gua balas sambil lewa. Gua malas nak layan sangat. Dia ingat gua nak simpati dia kene marah agaknya.

"Sejak perut dia buncit, asik nak marah je....." beritahu Mira lagi.

"Buncit?" gua kehairanan.

"Aah... buncit macam Bobo!" Mira balas sambil tepuk perut gua.
.

.

.

.

Celaka! Kalau Mira ni anak angkat dari Somalia memang gua kasi backhand juga dalam kereta tadi. Gua tau la sejak akhir-akhir ni badan gua dah naik...

p/s: Cikgu Azimah tu anak cikgu gua dulu. Sekarang tengah mengandung 3 bulan. Mak dia dulu masa mengandungkan adik dia pun memang garang tak patut. Gua syak keturunan dia memang jenis baran time mengandung....

Wednesday, January 13, 2010

Jangan harap gua nak trade-in buah hati dengan Ipod Nano!

Tadi gua pergi bank cucuk duit. Gua tarik buah hati ikut sekali. Kalau kene rompak ke, kene ngorat ke, boleh gua buat dia jadi perisai. Nak harap ke pak guard memang gua kurang konfiden. Ah, bawak perut pun dah mula mengah. Ape cerita?!

Sambil-sambil cucuk, gua main SMS. Entah macam mana keluar pop up mesej dekat monitor.

"Baki anda tidak mencukupi"

Gua terpinga-pinga. Buah hati tengok sambil berkerut. Gua cucuk sekali lagi. Celaka. Dalam poket ada 6 ringgit. Cukup-cukup buat makan nasi ayam, air sirap. Secret Recipes setahu gua tak buat menu tu lagi.

"Baki anda tidak mencukupi"

Gua mula buat gaya nak terajang mesin. Cepat-cepat buah hati kawal keadaan. Dia suruh cuba sekali lagi. Gua jolok kad guna tangan kanan pula. Tekan apa-apa yang patut. Tiba-tiba, buah hati menepuk lembut bahu gua...

"Yang, baki you kan ada ratus je. Cucuk sampai kiamat pun, tak keluarnye dua ribu tu...." kata buah hati sambil menjeling manja ke arah gua.


p/s: Gua agak kalau mesin tu boleh bercakap, sedap juga gua kene carut dekat situ...

Saturday, January 9, 2010

Dalam banyak-banyak nasi, nasi apa paling lemak?

Ada satu pagi tu, gua suruh anak buah order nasi lemak telur dadar sama teh tarik. Tanpa banyak soal, beliau terus angkat telepon tekan-tekan apa yang patut. Gua berdiri dekat sebelah sambil mencekak pinggang. Baru bergaya bos.

"Helo kak, nasi lemak telur 'dade' 1!" order beliau selancar peluru berpandu.

Itu jam entah kenapa gua rasa takde selera nak pekena nasi lemak sampai tahun depan....

p/s : 'dade' @ dada @ chest. korang boleh bayang rupa bentuk dia???

Tuesday, January 5, 2010

Hal-hal lipstick kadang-kadang boleh buat gua jadi Wolverine!

Ahad lepas gua bangun pagi semata-mata nak bawak anak buah gua si Mira round-round KL. Dah lama gua buat janji kosong. Gua ingat masuk tahun baru gua nak kasi janji berisi sikit. Alah, setakat bawak round-round aje pun. Nampak KLCC jangan harap gua nak singgah. Boleh jadi nipis dompet.

Tepat jam 9, gua dah siap-siap tunggu depan pintu. Gua start enjin kereta kasi suam-suam kuku. Mula-mula gua pikir nak bawak naik komuter saja. Lepas muhasabah diri baik gua drive saja pergi KL. Tak elok sangat kalau si Mira nampak gua terajang pintu komuter.

Tungu punya tunggu, kesabaran gua jadi senipis tisu. Gua kerling jam, gua usha matahari. Matahari kalau dah tegak atas kepala boleh naik temperature. Gua mula mencekak pinggang ala-ala Mak Dara.

"Mira, cepat la!!!" gua mula buat suara macam warden asrama gua dulu-dulu.

"Kejap, kita nak cari lipstick ni!!!!" gua nampak Mira lari-lari sambil kepit beg mekap mak dia.

Ah, budak-budak zaman sekarang... Nak lempang anak sedara sendiri!

p/s : Mira tahun ni baru naik darjah 3. Gua masa sebaya dia dulu lepas makan aiskrim kesat mulut guna lengan baju lagi...