Search This Blog

Tuesday, June 14, 2011

Bersukan malam

Dah lama rasanya gua tak pekena layan Astro sport malam-malam sejak champions league itu hari. Apalah sangat golf nak di bandingkan dengan bola sepak takpun apalah sangat pasukan bola Terengganu nak dibandingkan dengan pasukan Tottenham.

Ok, malas taip panjang-panjang. Sekarang gua tengah layan ATP tournament antara en. Tsonga dan juga en. Istomin. Main atas rumput carpet. Feeling dia kurang sikit nak dibandingkan dengan clay court atau simen. Takde bunyi "screech..".

Sukan tenis ni tak ramai yang nak tonton. Apatah lagi nak main. Bola tennis pon gua rasa lebih popular untuk main tangkap baling di kalangan budak sekolah rendah.

Minat gua terhadap tenis bermula sejak gua form 1 lagi. Bermula dengan pukul bola dekat dinding, gua cuba-cuba pula main atas net, hinggalah gua jadi wakil sekolah. Pada gua sukan tenis ni nampak elegan, bergaya dan bermutu. Tak macam bola baling ke, bola sepak ke, bola jaring. Comot!

Tapi, sampai sekarang gua tak paham, kenapa 0 di panggil 'love'.. Memang penuh kecintaan sukan tenis ni.

"Meme ar..." kata Jai kepada anak buahnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone