Masa tengah panaskan enjin ke suhu suam-suam kuku, gua kelebek dashboard, tepi pintu, celah kusyen, cari belen-belen syiling buat bayar tol. Kira-kira tak cukup, gua korek pulak dalam dompet. Harap-harap ada terselit seposen dua. Akak tol pagi-pagi macam ni bukannya boleh di bawa berbincang sangat.
Korek punya korek, di celah-celah antara IC dan student kad dulu-dulu, gua terasa ada lipatan kertas yang agak tebal. Perlahan-lahan gua tarik keluar dengan dada yang berdebar. Ah, gua dah mula rasa lain macam.
Dengan mata yang berkilau-kilau gua pandang lipatan kertas di atas tapak tangan dengan senyum senget. Gua percaya ilmu magik gua dah mula cecah level David Copperfield. Sepanjang pemanduan ke opis, gua punya senyum memang semanis kurma....
***
Sebelum masuk opis, gua singgah Ali Corner bungkus roti telur 2 keping sama teh tarik. Soal puasa tu, gua dah postponed ke bulan Rejab.
p/s: Heh, percaya atau tidak, dompet gua memang ajaib. Entah macam mana boleh terselit not 50, 3 keping. Sekarang gua mula percaya satu bende. Dompet kalau di pakai sampai nampak 'season', dia boleh generate duit secara sendiri!

9 comments:
sila la blanje...hahaa
brape hari boleh tahan tuh?
-faryn-
malas. hahaha
-wsr-
rasa-rasanya, seminggu jugak..
akum
boleh pinjam ke
ali coner tu
murali koner ke
-brutal-
ali corner tu kat sek.24. murali korner belah mana bai??
kat 24 ada ali ke
sek 24 mana ?
aku kat shah alam
bukan apa kekadang dia orang tak jaga kebersihan
ali la tu
saja aku tukar nama
roti banjir dia sedap...
biar betullll...
aku rasa time kau banyak duit kau jenis letak duit sepah2 tak ingat masa susah...
tp gila best
buleh turunkan ilmu tu x bro?hehehe
Post a Comment