Search This Blog

Friday, December 25, 2009

Bila gua berdiri depan cermin, gua ada iras-iras Santa Clause!

Gua bangun tidur. Gua tengok jam. Gua tersenyum girang.

Gua turun katil. Gua menggeliat gaya bebas. Gua tepuk-tepuk tangan. Sekali lagi gua tersenyum girang.

Gua terus tuju ke arah tingkap. Gua nampak rintik-rintik hujan. Gua kasi 'fly kiss' ke arah langit. Kalau gua di London pasti gua tengah main snowball. Tiba-tiba, gua teringat akan satu hal.

Gua tuju ke pintu depan. Gua terus check mailbox. Kosong. Gua intai dalam bakul motor. Kosong. Gua cari celah pasu bunga. Kosong. Gua seluk stokin semalam dalam kasut. Kosong, ada bau sikit-sikit. Senyum gua bertukar kerutan di dahi. Gua hempas pintu selaju 80km/j.

Gua capai henpon. Gua tekan nombor yang panjang.

.

.

.

"Helo, santa! Hadiah gua mana?!!!"

p/s : Kalau rumah gua ada serombong, agak-agak Santa Clause singgah letak hadiah tak?

6 comments:

Hashim Zabidi said...

Santa Clause akan datang tunggang kerbau. Lu tunggu situ.

Would Self-reliant said...

mengigau ke ape???

Bobo Brazil said...

-pakcik-
gua tunggu santa pakai pelikat tunggang kerbau. Baru Melayu! haha

-Self-
sikit-sikit

eL said...

Tak sedor diri ke weh? Dah berjanggut harap ke adiah lagi.

Bobo Brazil said...

-eL-
keh mana ade janggut weih... hahaha

Cik Biol said...

aku pun tggu santa ngan stokin tp x de lak yg dtg huehuehue