Search This Blog

Wednesday, November 4, 2009

Hujan yang turun bagaikan mutiara....

Kalau kira dengan jari hari ni dah masuk seminggu hujan petang. Kalau kira dengan jari jugak, hari ni dah masuk 3 hari gua pergi kerja pakai selipar. Tapi gua takde hal sangat. Arwah wan gua dulu kata, kalau hujan petang itu namanya rahmat. Kalau hujan pagi itu namanya nikmat. Tapi, kalau hujan tengah hari takde pula dia kata apa-apa.
 
Bila hujan, jalan kadang-kadang jem tak patut. Jalan naik air, trafik light rosak, polis trafik malas nak jaga, tanah runtuh, jambatan runtuh, dan segala macam hal. Tapi gua macam biasa. Gua takde hal. Hujan ni kan rahmat. Apa gila semua tu nak salahkan hujan? Nak kene panah petir?!
 
Selain dari tu, bila hujan aje Astro mula bersikap prejudis. Skrin tv pun mula menggelap. Nak tengok ulangan apa-apa game malam tadi pun boleh terbantut. Gua agak Astro patut tukar dia punya tagline "Bila hujan, macam-macam takde...". Tapi apa guna gua nak bising-bising? Gua tetap macam biasa. Masa ni lah gua nak mengamalkan budaya membaca. Paling tidak pun petik gitar 1-2 lagu. Gua takde hal punya.
 
Time-time hujan macam ni, nak gerak ke mana-mana pun tak dapat. Nak ajak keluar minum pun pikir 2-3 kali. Apalah sangat yang boleh diborakkan bila hari hujan. Otak pun secara tak langsung jadi ketat. Tapi, gua takde hal. Bila tak gerak mana-mana minyak kereta gua boleh jimat. Duit minum-minum pun selamat aje dalam tabung. Barulah ada gaya muda-mudi berjimat cermat.
 
Senang cerita, biar macam mana pun orang bersungut pasal hujan, gua tetap takde hal. Bukan ke hujan tu rahmat......
 
Nota kepala but:
Ini entry terakhir yang gua post menggunakan perkhidmatan internet percuma opis. Entah kenapa rasa sayu pulak gua nak blah dari sini. Heh!

6 comments:

FARYN said...

sayu la sgt..ceit!

Prodigy said...

hujan tido sedap bro..

Bobo Brazil said...

-faryn-
hahaha. shh.. diam-diam.

-prodigy-
orang-orang bijak je pikir cam lu bai... hahaha

green said...

sy takut hujan petir dan guruh2..

p/s: tukar keje heh??

Bobo Brazil said...

-green-
try mandi bunga. kasi hilang takut-takut tu. hahaha.

TAF World said...

nenda saya pernh kata klu hujan tghr tandanya ada org meninggal...
Bumi & langit berzikir @ tanda sedih terhadap kematian...