Search This Blog

Friday, November 6, 2009

Komuter dan saya

Masa tu gua baru darjah 5. Abis je sekolah agama tanpa salam ustazah gua terus lari keluar kelas kejar bas sekolah. Bukannya sebab bas sekolah nak tinggalkan gua ke hape, tapi sebab nak cop tempat duduk dalam bas. Kalau sapa konker seat belakang sekali dia memang hero. Sebabnya sedap dapat hulur kepala keluar tingkap. Entah apa punya perangai.

Tapi petang tu bukan macam petang yang biasa. Masa sedap gua tengah lari-lari, tiba-tiba gua nampak bapak gua tengah tunggu depan pagar sekolah. Gua punya remuk hati Tuhan saja yang tahu. Apa barang balik sekolah bapak jemput. Hancur lebur harapan nak menyanyi lagu Spring ramai-ramai.

"Ha, ni ape jenis perangai lari-lari keluar kelas ni?" bapak gua memang garang dulu-dulu. Asal salah sikit makan penampar. Asal salah banyak alamat berbiratlah belakang. Ada jugak gua simpan dendam nak balas bila dah besar.

"Apesal abah datang ambik?" gua tanya sambil tercungap-cungap.

"Malam ni kita pergi naik komuter!"

Maka, bermulalah episod bahagia gua dengan komuter. Komuter baru je start operasi. Tak silap memori, dalam seminggu jugaklah dia buat trip percuma dari stesen Rawang ke stesen Kuala Lumpur. Gua satu famili, sekali dengan arwah wan amik kesempatan naik komuter free. Dia punya happy memang susah nak imagine. Tersengih-sengih bila membayangkan betapa riaknya gua besok dekat sekolah bercerita pasal pengalaman naik komuter.

Gua tengok ramai jugak yang pekena naik komuter free. Bila tren bergerak je masing-masing tersengih-sengih. Dengan ekon sedap-sedap sejuk, lagu KRU berkumandang dekat speaker, seat berbau plastik, pergh... dia punya feel memang lain macam! Sampai dekat stesen Kuala Lumpur, bapak gua terus buka cerita,

"Ha, ni lah stesen Kolumpo. Tempat abah muda-muda dulu..."

Start dari hari tu, bila sebut je nak pergi Kolumpo gua terus bagi cadangan naik komuter. Dia punya seronok pun masih fresh lagi. Sedara-mara datang Kolumpo semua sibuk nak naik komuter. Naik komuter dah berjaya mengatasi pergi Zoo ataupun pergi Planeterium. Budak-budak kelas gua pun sibuk cerita pasal komuter. Ada yang tunjuk gambar bergaya dalam komuter. Kalau tajuk lukisan suasana Malaysia, gambar komuter mesti terselit sekali. Sampaikan rombongan sekolah ke Muzium Negara pun ade yang buat cadangan naik komuter. Kira sapa tak naik komuter walaupun sekali dia memang kodi habis. Gua pun ada simpan cita-cita bila dah besar nak pergi kerja dekat Kolumpo naik komuter aje. Baru ada gaya macam orang Jepun. Begitulah cerita hebatnya komuter dalam hidup gua satu masa dahulu...

Sekarang gua dengan komuter dah tak semesra dulu. Komuter dulu dah tak macam komuter sekarang. Dia punya lembab berganda-ganda. Dia punya penuh dengan mat bangla ketiak masam pun berganda-ganda sampaikan gua rasa macam naik tren dekat Bangladesh. Dia punya kerek pakcik teksi stesen pun berganda-ganda. Kakak kaunter dah tak semesra dulu. Guna mesin tiket lagi macam hamjadah. Berpuluh-puluh kali kene gosok duit baru nak terima. Ah, memang $%^# lah!

Gua agak dah sampai masa dah komuter masuk muzium KTMB.

7 comments:

Prodigy said...

tu belum citer kocek kena seluk lagi.. memang $%^# lah!

terrarosa said...

jadi sekarang ni siapa yang TAK pernah naik komuter,kiranya tak kodilah yer?

fuh lega......

Segenit Puteri Bunian said...

betul,setuju.
komuter masuk muzium KTMB.
Ganti ngan bullet train.

Bobo Brazil said...

-prodigy-
kene raba pun masuk list gak bai

-terra-
paling tidak naik sekali seumur hidup. baru tak kodi. hahahahaha

-bunian-
pergh... bullet train tu..

Hashim Zabidi said...

Gua ( pinjam cakap lu orang)dah tua baru naik komuter sambil berdiri. Lebih kurang naik local train aje.

Bobo Brazil said...

salam pakcik,

berdiri? peh.... balik rumah lutut tampal koyok tak pakcik?

WSR8086 said...

giler menggelabah!!!
Rakyat malaysia mmg klakar...
naik public transport pun boleh jd kenangan manis....
so sweet entry u nie...