Search This Blog

Sunday, November 1, 2009

Tahukah anda kebanyakkan istilah bahasa Inggeris berasal dari loghat negeri-negeri Utara?

Semalam gua hantar kereta kasi servis. Dia punya beratur kereta macam besok lusa nak raya. Nasib baik hari sebelumnya gua bersikap otak kancil buat appointment dulu. Kalau tidak ada harapan juga gua kasi servis sendiri.

Settle urusan sebut harga, gua kasi lepak dalam "Waiting Room". Ekon dia sedap-sedap je sejuk. Sambil baca Kosmo gua pekena kopi instant. Mujur tak tersembur kopi yang gua minum bila tengok dia punya front page. Ape gile rokok pek 20 nak letak harga sampai RM30?! Boleh kecik hati penyumbang utama cukai.

Tengah belek-belek Kosmo, masuk seorang pakcik. Dari gaya macam orang bisnes jugaklah. Gua agak kereta yang dia hantar tu tak kereta anak dia, mesti kereta bini dia. Orang macam ni mana nak pandang sangat kereta nasional. Paling koman pun mesti pakai Honda Accord. Setidak-tidaknya Mercedes teksi.

Pakcik tu amik pot duduk sebelah gua. Gua malas nak angkat muka. Nanti tak pasal-pasal kene layan borak. Tak masuk topik politik, topik ekonomi. Hujung minggu gua memang malas nak berdiskus hal-hal berat. Boleh rasa ngilu otak. Dari hujung mata gua nampak pakcik tu mula keluarkan henpon tekan-tekan apa yang patut.

"Hello, did you call me sat now?" kata pakcik tu dengan slang utara yang tak patut!

10 comments:

Hashim Zabidi said...

Saya kira saya takkan mengalah, biar sampai RM40. pun. Kalau ada piket pu saya tak campur. Saya rela beli tembakau, goreng campur sedikit gula, jemur, guna kertas dan isap. Ilham pun berasap sampai....

one_munawwarah said...

giler kelakar lah uncle tersebut.

rokok ke tembakau ke, for me tak jual lagi baik untuk semua org. perokok tegar pun senang sket nk berenti merokok.

Tuhan bagi lu jalan lah tu senang nak berenti hisap rokok...

Bobo Brazil said...

-pakcik Hashim-
salam pakcik, dulu masa belajar saya pernah buat experimen pakai serbuk teh. hahahaha.

-one-
mana boleh tak jual. kene gak amik kira orang-orang merokok ni. diorang antara penyumbang utama cukai dalam Mesia ni. hahahahaha.

one_munawwarah said...

heh. aku rasa kalau kerajaan start saman org merokok + org jual rokok lagi banyak untung..ikut bilangan batang rokok yg dijumpai.hospital jimat sbb kurang keperluan rawat org ada kanser paru2. oh, next PRU aku nk bertanding la.

Bobo Brazil said...

mana boleh... ko patut biarkan aja orang merokok. lepas tu tetapkan harga rawatan based on jenis penyakit. Kalau sakit jantung, paru-paru yang memang sah sebab rokok letak double cost. baru serik kot... hahahahaha

one_munawwarah said...

ha...itulah idea paling bernas setakat ini. mudah2an boleh diimplimen dalam parlimen. kaye lah aku pasni

Bobo Brazil said...

ceh, jadi pemimpin sebab nak kaya rupenya! hahaha

asamko said...

woit lepeh..? slang utara tak patut ka??

WSR8086 said...

pakcik tu memang universal...

StingRay said...

habaq maaiiiii...