Search This Blog

Thursday, November 26, 2009

Berkorban, dikorban, dan terkorban...

Dari kejauhan gua dengar sayup-sayup suara takbir. Diselang-seli bunyi kucing jantan ajak mengawan. Gua di dalam bilik menghirup neskepe sejuk sambil bermain Mafia Wars. Baju raya gua dah siap-siap gosok. Besok boleh gua tayang depan Pak Imam. Anak dia, ah, gua dah putus harap.

Cuti panjang ni gua nak rehat puas-puas. Jangan harap gua nak tolong kacau rendang apatah lagi rebus ketupat. Gua harus rehat. Minggu depan gua kene kerja keras lagi. 2-3 minggu lagi gua kene berangkat ke Bombay. Bukan nak jumpa Padayappa. Urusan kerja yang tak patut mengheret gua ke sana. Kacau betul!

Akhir kata, gua ucapkan selamat hari raya buat semua. Raya Korban ni rayalah dengan penuh keimanan. Sapa yang buat korban tu, alhamdulillah. Sapa yang terkorban tu, takziah gua ucapkan. Yang balik kampung hati-hati di jalan raya. Yang beraya dalam banjir, patuhi arahan keselamatan. Brader JPA sama Bomba pun nak beraya jugak. Jangan susahkan diorang. Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidiladha. Assalammualaikum...

p/s: Baru gua perasan cuti sekolah dah start. Patut bertimbun-timbun kad kahwin dalam mail box gua. Ah, musim mengawan sudah mari....

8 comments:

terrarosa said...

selamat berhari raya korban juga...

raya ni keh masih bekerja, kerja dari rumah,
saja nak ambil 'feel' sambut raya macam dekat Guatemala :P

Bobo Brazil said...

salamat raya gak..

mende raya-raya buat keje? Guatemala pun kalau krismas soal kerja tolak tepi weih... hahahaha

eL said...

Tayang baju depan pak imam dapat apa weh kalau dah putus harap dengan anak dia? Harap-harap pak imam masuk meminang sbb terpikat kat baju awok la ye...ni doa ni. Tapi...dia meminang untuk sape? Kekekekeke...

Ehh...terkutuk plak. Selamat hari raya korban ye (terpaksa korban harap anak pak imam). Maaf dan halalkan yang terkutuk tu ye.

Bobo Brazil said...

-eL-
masuk meminang untuk anak dia lagi sorang kot. hahahaha. selamat raya. aok tak berkorban ke?

Hashim Zabidi said...

Di Bombay pun tak sama rasanya berbanding anak Pak Imam, Kalu susah-susah ngat nak dapat, jumpa pakcik ajelah....Insya Allah...

Jangan terkorban sebelum berkorban.

Bobo Brazil said...

salam pakcik,

saya ke Bombay atas urusan kerja. Dapat jugaklah nak rasa teh tarik yang asli. hahaha.

Pakcik ade calon untuk saya ke?

Hahahahahahahahaha

Hashim Zabidi said...

Calunnya kenalah calun sendiri. Bukankah anak Pak Imam ada? Pakcik tu sekadar boleh bancuh ubat je...he he he.

TAF World said...

*Selamat hari raya to u too...
*Wajib pergi tuh sbb dpt jemputan...