Search This Blog

Friday, November 20, 2009

Berurusan dengan bank yang paling gua menyampah sekali nak buat dalam hidup!

Tengah hari tadi, dengan gaya spontan gua terus memecut cari Bank Islam. Gaji lagi 3 hari nak masuk baru gua terhegeh-hegeh buka akaun. Berpeluh juga tadi bila akak akaun ugut nak bagi gua gaji dalam bentuk wang pos.

Dengan skill menyelit yang tak patut gua sampai depan bank tepat-tepat pukul 1. Sayup-sayup dengar suara mengaji dekat masjid. Gua senyum senget. Lengang tak patut dalam bank. Lampu kaunter pun ber'mood' romantik. Tak pernah lagi gua berurusan dengan bank yang lengang macam ni. Tak macam BSN.

Sebelum masuk bank, gua cek dompet dulu. Gua senyum dekat pak guard yang gua syak usia dia lagi tua dari bank. Pak guard tengok gua atas bawah dengan pandangan paling slack sekali. Kalau gua pikir guna lutut memang gua lempang juga orang tua tu. Apekejadah nak tengok gaya macam tu? Tapi sebab gua pikir sekarang gua nak berurusan dengan bank yang islamik dan kene pula hari ni hari Jumaat, gua balas pandangan pak guard tu dengan beriman.

Gua tolak pintu dengan gaya berhemah.

"Gdang!!!"

Pintu tak boleh buka. Gua try tarik pulak

"Gdang!!!"

Sangkut. Gua mula menyumpah dalam hati.

"Nak, hari ni Jumaat. Pukul 2 baru buka balik. Sembahyang Jumaat.." pak guard tu bersuara garau.

Entah kenapa gua rasa pipi gua tebal tak patut!

p/s: Sejak bila akak-akak kaunter pun sembahyang Jumaat? Musykil sungguh... Ni gaya mana gua nak settle kalau dapat gaji dalam bentuk wang pos ni???

6 comments:

one_munawwarah said...

kantoi la tak pegi semayang jumaat...

alhena said...

mcm mn pak imam nk buat menantu neh? :p

eL said...

Kan dah kena dengan Yang Maha Patut. Nasib baik akak akaun tak ugut nak bagi gaji dalam bentuk syiling riyal. Kalau tak, terpaksa lah menyampah dengan money changer plak.

WSR8086 said...

huhuhu..
alaa... kesian...

Bobo Brazil said...

-one-
uzur... haha

-alhena-
pak imam tak baca blog ni punya...

-eL-
dia kasi gua cek tadi. 3 hari juga nak dapat cash

-WSR-
lawa nombor.

StingRay said...

pak guard tak pegi solat sekali?