Search This Blog

Friday, October 23, 2009

Sedekah mesti kene ikhlas, bai....

Assalammualaikum wbt,
 
Bersempena dengan hari Jumaat, gua nak buat tazkirah sikit pasal amalan bersedekah ni.
 
Bersedekah adalah amalan yang mulia. Bersedekah digalakkan di dalam Islam untuk mencari keredhaan Allah. Bersedekahlah setakat yang mampu dengan hati yang penuh keikhlasan. Bukan mencari nama atau kedudukan.
 
Gua petik satu ayat al-Quran yang menyatakan perihal sedekah dengan ikhlas,
 
"Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

"Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir
." (Al-Baqarah-264)
 
Untuk mendapatkan kesempurnaan bersedekah di sisi Allah, suka gua berkongsi 7 perkara yang boleh kita jadikan panduan, yakni:-
 
1) Barang yang hendak kita sedekahkan hendaklah masih baik dan elok. Yang mana masih boleh memberi manfaat kepada si penerima.
 
2) Sesuatu yang kite sedekahkan itu mestilah datangnya dari sumber yang halal. Bukannya sumber yang haram. Begitulah halnya dengan bersedekah menggunakan duit loteri.
 
3) Sunat kite bersedekah barang-barang yang kite sayang atau suka. Kalau kite suka duit, eloklah kita bersedekah duit. Pahala sunat insyaAllah kita dapat.
 
4) Bersedekahlah dengan keikhlasan. Sama seperti yang telah gua nyatakan di atas.
 
5) Bersedekahlah secara tersembunyi bagi mengelakkan perasaan riak. Misalnya, kita bersedekah telur-telur ayam ke Padang Sumatera, tak perlulah dinyatakan nilainya RM 35,000.
 
6) Ingatlah, semai di dalam hati, bahawa bersedekah itu tidak mengurangkan harta kita yang ada. Sebaliknya, sedekah itu dapat menambahkan harta dan menjauhkan kefakiran, kesempitan dan kekurangan.
 
7) Sedekah dapat membersihkan harta dan menyucikan jiwa.
 
Sekian saja tazkirah gua pada petang Jumaat ini. Yang baik sesungguhnya datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan gua sendiri. Wassallam...
 
........
 
Pagi tadi, akak penyambut tetamu opis gua buat derma kilat untuk sorang staff opis yang meninggal dunia semalam. Akak tu bergerak dari satu department ke department yang lain. Waktu tu gua baru terperasan satu perkara.
 
Setibanya akak tersebut di meja gua, gua segera menadah tangan. Gua membaca al-Fatihah di dalam hati. Selesai amin, gua meraup kedua-dua belah tapak tangan ke muka.
 
"InsyaAllah kak, sedekah saya sampai ke arwah di alam sana..."
 
Akak tu tengok gua lain macam.
 
Tak salahkan cara gua bersedekah?
 
Nota kepala but :
1. Gua tertinggal wallet dalam kereta. Syiling seposen pun takde dalam poket. Kalau gua cakap direct tertinggal, gua akan di 'cop' sebagai kedekut. Mujur gua ade emergency plan. Takkan gua nak meminjam duit orang sebelah pulak. Heh!

3 comments:

terrarosa said...

'saat yang bahagia datang sekejap saja.... '

oh itu hanya intro komen keh kikikiiii...
peluang itu datang hanya sekali jer, buleh pilih... nak sedekah Al - Fatihah saja-buleh...nak sedekah Al - Fatihah sama gan RM1 yang ikhlas lagi bagus... keh sanggup pinjam duit untuk hal ini.
Mana lar tahu , dengan RM1 tu buleh menjadi tiket kita masuk syurga nanti kan ? kan ?
Wang itu sebenarnya untuk ringankan bebanan keluarga si arwah.

Ini nasihat dari staf opis keh,
keh panjangkan sahaja disini.

PEACE !

atiqahdahalan said...

alhamdulillah..
insaf jap aku ari2 jumaat ni bukak2 blog ko ade tazkirah plak...
bagus2..keep up the good effort (mcm cikgu bahasa inggeris aku slalu komen kat karangan)

Bobo Brazil said...

-terra-
gua sedekah untuk beliau di sana. keluarga dia gua konpiden ramai nak tolong..hehehe.

-one-
insap jugak kau, ye.. hahaha