Search This Blog

Thursday, October 22, 2009

Parang Pak Mat melayang ke Mak Kiah


Gua kasi review sikit. Gua baru lepas tengok tadi. Satu panggung gua sorang je tengok.

1. Jalan cerita dia biasa-biasa je. Takde part-part saspen sangat. Tapi ade jugak yang sangkut dan tak paham. Storyline pasal pelayaran Awang tak banyak. Pasal Awang nak penuhkan tuntutan adat pun tak banyak. Yang banyak scene Bachok mengintai Dayang. Scene Dayang dekat pokok bunga. Ah, mujur gua ade basic pasal cerita ni. Kalau tak memang gua biar je panggung kosong tadi.

2. Gua tak taulah sound system yang problem ke, gua yang kurang pendengaran. Banyak part-part bercakap, mesti selit sekali dengan muzik latar. Kadang-kadang tu muzik latar lagi kuat dari orang yang bercakap. Dan yang gua perasaan hampir setiap scene bercakap ada muzik latar. Paling gua tak dapat tangkap masa scene mak bapak Awang masuk pinang Dayang. Satu butir pun gua tak paham. Muzik je lebih. Macam mana gua nak adapt mase gua nak bertunang besok?

3. Part berlawan jujur cakap memang hancur. Tak cukup budget ke hape gua tak tahu. Part Awang lawan atas kapal, hancur! Kaku habis. Part kene serang dengan konco-konco Galigor pun kaku. Scene last Awang lawan dengan Pendekar Merah pun gua tak feel sangat. Patut panggil geng-geng stunt Ong Bak join filem ni. Baru thrill. Paling tidak pun panggil la mahaguru-mahaguru silat yang ade kat Malaysia ni kasi tunjuk skill. Baru sedap.

4. Penutup cerita paling gua tak puas hati. Setahu gua lembing tu terbang mencucuk perut 99 orang. Orang last sekali bapak Dayang. Tapi, ape kes bapak Dayang kene bunuh dengan lanun pulak? 99 orang yang mati tu pun lanun-lanun Panglima Merah yang bunuh. Gua punyalah ponteng kerja hati ni semata-mata nak tengok lembing terbang. Rasa macam nak baling selipar jugaklah kat screen tadi.

5. Kesimpulannya, pada gua cerita ni biasa-biasa je. Takde ape sangat yang gua boleh bawak sembang sambil minum teh. Tapi, kalau sape-sape minat sejarah gua rekemen pergi tengok. Support sikit filem Melayu. Bukan senang orang Melayu nak buat cerita sejarah.

Nota kepala but:-
1. Cerita ni kalau olah balik, sumbat sikit dengan CGI, scene-scene lawan kasi mantap iras-iras Ong Bak, Farid Kamil tu kasi bertapa 7 hari 7 malam dekat Gunung Tahan, gua konpiden cerita ni boleh pergi jauh! Cakap masjid ni...

2. Baru gua tahu orang-orang kurun ke-18 gile main chess. Ade satu scene Awang dengan Galigor main chess, Awang siap cakap 'check mate!' lagi. Peh....

4 comments:

Segenit Puteri Bunian said...

*standing applause*
baiknye...kalu aku memang lambat la sket nak tgk wyg citer melayu.kdgrn macam aku kerek.tp bukan.

Bobo Brazil said...

-bunian-
kalau cerita pasal zaman sekarang, memang gua tak tengok jugak... hahahaha

dreka said...

ingat tak citer wayang ko pertama?

hahahhaa

Bobo Brazil said...

shhhh... diam2. dtg sini aku belanja ko cendol!