Search This Blog

Monday, September 28, 2009

Susah jugak kalau bersikap jujur ye?

Tengah hari tadi, gua lunch dengan sorang teman kadang-kadang mesra. Suasana yang hingar bingar dengan manusia lapar membuatkan gua malas nak bersuara sangat. Lagipun tak elok mengunyah burger sambil mengumpat.

Sepanjang makan, gua tengok beliau macam tak selesa dengan baju yang di pakai. Sekejap-sekejap betulkan baju. Tak lama lepas tu sibuk betulkan kelepet tudung. Gua pun naik heran. Tapi malas nak bertanya. Tambahan pula, filet o' fish gua kelihatan lebih menarik berbanding aksi yang beliau tunjukkan.

"Balik raya ni, aku rasa berat aku bertambah la. Baju ni pun rasa macam dah kecik. Tengok, dari pagi tadi tudung ni tak berapa nak jadi" beliau tiba-tiba bersuara sambil tangan masih sibuk membetulkan bentuk tudung.

"Ooo.." gua membalas seringkas mungkin.

"Ko tengok pipi aku dah tembam ke? Nampak gemuk tak?" beliau bertanya pula.

"Aah" gua menjawab sejujur mungkin.

Tak semena-mena, satu kerlingan mata yang amat tajam menusuk tepat ke mata gua diikuti sebentuk bibir yang dibentuk hampir menyerupai bibir Donald Duck. Kerusi yang gua duduk teranjak sedikit ke belakang akibat bahang aura yang dihasilkan.

Persoalannya sekarang, salah ke gua bersikap jujur?

psstt: Mujur Mekdi mengamalkan konsep bayar sebelum makan. Kalau tidak memang suwey gua kene bayar dua set burger!

8 comments:

eL said...

Biarkan je...dia nak mkn Mekdi lagi dia cari la aok esok2...gila ganas ayat aku.

Bobo Brazil said...

-eL-
keh setuju dengan pendapat aok! hahaha

FIRZA said...

behnye mekdi

Bobo Brazil said...

-firza-
lagi beh kalu free. hahaha

one_munawwarah said...

susah sangat ke nk menipu.
tak pun ckp la "tak perasan plak".

tp bila menipu, be prepared untuk another 15 minutes punye sesi mengconvince bliau dengan penipuan itu. kalau berkata benar, nescaya begitulah ending sperti yg termaktub dlm entry ini. tsk

Bobo Brazil said...

-one-
sbb maleh nak convince tu la aku bersikap jujur. hahahaha

alhena said...

kakaka.. kalo mcm tu, baik awak tipu je dia. ckp dia kurussssss... :p

Bobo Brazil said...

-alhena-
x sanggup weih... hahahaha