Search This Blog

Saturday, September 26, 2009

Hidung gua datang bulan

1) Gua baru balik dari LCCT. Baru arini merasa masuk ke dalam. Selama ni main drop tepi jalan je. Sekarang gua dah paham macam mana Tony Fernandez boleh jadi kaya. Ok, gua dah nampak kat mana gua 10 tahun akan datang.

2) Sekarang ni gamaknya tengah musim panas. Tido malam rasa macam tido dalam sauna. Panas-panas macam ni mula la kepala senang nak pusing. Hidung pun dah buat gaya datang bulan. Time ni memang gua menyesal kawin lambat.

3) Bangun tido semalam, henpon gua mula menunjukkan sikap kebrengsetan. Display pada skrin tiba-tiba jadi senget. Tak lama lepas tu terus blackout. Sekarang gua tengah caj bateri 3310 gua zaman belajar dulu. Gua yakin 3310 model paling lasak dan batu yang pernah Nokia keluarkan.

4) Gua baru tahu malaysia nak buat team F1 sendiri. Gua ingat nak isi borang mintak position tukar tayar. Hmm, Liga Malaysia bila lagi nak upgrade jadi macam EPL. Paling tidak pun macam liga Jepun. Barulah sedap sikit. Tapi entah kene tunggu menteri sukan yang ke berapa baru impian tu tercapai...

5 comments:

one_munawwarah said...

apa kena mengena hidung datang bulan dengan kawen lambat. seyes inilah intipati pertama blog ko yg ak x paham.

Bobo Brazil said...

-one-
heh, kalau dah kawin ade yang boleh tolong lap hidung smbil picit kepala. dah paham? hahaha

alhena said...

kalo wife suh buat sendiri je sume tu.. sama la jugak kan? kan? kan? hehehe

eL said...

Oooo...wife tu gunanya untuk lap idung dan picit kepala je la ye. Kalau suruh bayar RM800 macam amah Indon mintak tu, rasa-rasa menyesal tak kawen awal? muahaha...

one_munawwarah said...

800 sebulan ok la jugak... buatnye stiap kali lap idung kena bodek nak barang kemas dulu...ha... baik mati sbb severe bleeding je