Search This Blog

Thursday, September 17, 2009

Gua rasa macam ini Ramadhan gua yang terakhir...

Mari buat stail Mahathir...

1) Gua naik pelik dengan jalan raya dekat Malaysia ni. Asal hujan je, mesti jam. Lepas tu, asal hujan lebat sikit mula la traffic light nak down. Orang handle traffic light ni orang Astro gak ke? Paling tak patut, asal hujan je, mula la air naik atas jalan. Longkang tersumbat. Ni sapa patut disalahkan? Orang majlis perbandaran ke jurutera jalan?

2) Tahun ni gua dah cadang nak stop pemberian duit raya. Tak elok untuk masa depan budak-budak. Nanti derang just niat nak datang beraya sebab nak collect duit raya. Ish, tak elok... Boleh melahirkan generasi mata duitan di masa depan. Rosak negara. Jadi, sebagai alternatif untuk anak sedara, gua akan kasi tazkirah pasal bahana duit masa pagi raya nanti. Untuk budak-budak kampung pulak, gua akan sedekah 2 biji kurma untuk setiap sorang. Lagipun, kat rumah ni banyak sangat kurma free. Dari membazir elok bersedekah. Amacam? Kreatif kan?

3) Gua ada 2 point je nak tulis. Langsung takde idea. Oh ye. Hingga ke hari ni gua tak beli lagi baju raya. Mujur jugak minggu lepas gua dapat parcel berisi sehelai t-shirt dari Sarawak. Rasa-rasa dah ok nak buat beraya di hari raya pertama. Alhamdulillah...

4) Akhir kata, gua ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir kat semua yang baca blog ni. Wassalam...

13 comments:

aku said...

lain kali ujan je, kita pakat2 dok umah..
ntah apa2 punya jalan..
hek ele.. dulu mase lu bebudak, time raya bukan ke keja lu kolek duit raya? skrg lu tak kasi plak. sian bebudak kampung lu..

terrarosa said...

kesian aok,
mesti aok ada sejarah hitam ketika sambut raya , cuba khabo siapa yang bertanggungjawab menodai zaman kanak - kanak aok , dia bagi khutbah jumaat ke ?
keh sudi mendengarnya ni, tak pe - tak pe keh faham ... aok tertekan tiap kali raya... nak nangis pun tak pa....

Prodigy said...

selamat hari raya to u too, bro..

Bobo Brazil said...

-aku-
abih, klu ujan kul 530 kt opis macam mana? hahaha

-terra-
keh kalu boleh mmg nak hapuskan kenangan terima sampul kosong di hari raya tu...

-ehsan-
slamat raya gak bro! berhati-hati makan kuih raya

FARYN said...

slamat ari raya....

Bobo Brazil said...

-faryn-
slamat raya gak...

atiqahdahalan said...

selamat hari raye, maaf zahir batin =)

Bobo Brazil said...

-one-
selamat hari raye, bersederhana makan kuih raya..

eL said...

selamat hari raya. maaf ye kalau ada terkutuk, tertakpercaya cite-cite karut/kreatif dalam blog aok ni hehehe...sempat lagi kutuk ni.

Hashim Zabidi said...

Bobo, salam

Selamat Hari Raya
kamu budak baik
jangan sia-siakan hari raya.

lizs said...

Selamat Hari Raya,

Best bace blog nie...baru habis khatam..hehehe

asyiqin said...

slamat ari raye...rupenye bj t-shirt ke yg dr srwk tu....pn. julie mesti dh buat bju raye utk ko, ko mesti xnak pakai..tu yg t-shirt je tu...

Bobo Brazil said...

-eL-
slamat raya gak. jgn percaya sangat adegan ganas tak bertapis tu semua. hahaha

-pakcik Hashim-
salam pakcik. Selamat hari raya jugak. pakcik orang ke-100 ckp saya baik. hahaha

-lizs ally-
slamat hari raya. hahaha

-syiqin-
mahal weh t-shirt sarawak tuh. bergaya habis klu aku pakai pagi raya