Ada orang kata, melepak ni membuang masa. Lagi sedap ada jugak yang buat tohmahan orang yang suka melepak ni masa depan dia memang tunggang langgang. Jenis cakap je pandai, tapi satu keje haram tak jalan. Kadang-kadang tu ada jugak yang bertanya, "Mende yang korang borak sampai 3-4 jam dekat kedai tu? Tak letih ke?" Kalau malaun tu tanya ke direct ke aku, aku akan jawap, "Nak kene lempang?!"
Ah, manusia. Kalau golongan kelas bawahan yang buat, sumenya tak kena. Tapi kalau manusia yang jenis berpangkat, berduit, berdarjat buat semuanya ok. Apa duduk-duduk minum kopi secawan harga 3-4 ringgit dekat coffee house hotel-hotel ataupun dekat "Bandar Lama" tu tak di kira melepak?
Malam semalam, selepas waktu berbuka aku dah buktikan melepak sebenarnya aktiviti yang bermanfaat lagi berilmiah.
"Pung pang pung pang.. Kilang ko tutup brape hari.. pung pang pung pang.. Bos kedekut .. pung pang pung pang.. Projek baru macam sial.. pung pang pung pang.. Eh, seksi siot!! pung pang pung pang Eh, Batang Berjuntai?"
Baru semalam aku tau Batang Berjuntai dah tukar nama jadi Bestari Jaya. Amacam, efisyen tak sesi melepak?
12 comments:
Bobo, salam...
Orang kampung kalau melepak tentulah di kedai kopi. Senaskah surat kabar bersepah, sekeping dimeja tu dan sehelai dimeja ni, semua baca. Lepas itu politik mereka berterabur satu dunia mereka pusing.
Melepak bagus!11
lepakla wei..haha melepak sambil blogging..amacam?
-pakcik Hashim-
salam pakcik. Betul tu. Melepak mmg bagus. Banyak mende boleh diskus. Kadang-kadang, masa depan pun boleh direncanakan melalui aktiviti lepak. Hahahaha
-basuh baju-
melepak sambil blogging orait gak. Tapi lagi orait sambil2 tu pekena dengan teh tarik xpun neskepe. Lagi membuak-buak idea keluar. amacam?
eh? dh tukar nama ye? tk tahu pun?.. haa bagus la melepak ni. melepak la lama2 lagi. mesti banyak info dapat :P
nak ikut!
haahaha
Batang Benar tukar nama apa pulak?
-alhena-
aah. dah tukar. dah lama tukar.
-FARYN-
jom! hahaha
-eL-
'True Stem' hehehe
ceh....
tapi kalu tengok tv , keh buleh baring sambil betulkan urat pinggang... hahahaaaa...
-firza-
hoh!
-terra-
tapi klu lepak, keh boleh cuci-cuci mata.. hahahaha
ye ke batang berjuntai dah tukar nama..
lemahnya lepak aku..
lenkali lepak bawak sekali atlas paling latest. baru ngam!
Post a Comment