Search This Blog

Monday, September 21, 2009

Hari raya macam-macam hal!

Karangan berperenggan memang fashionable..

1) Kenapa semua manusia beria-ria nak beraya sampai sebulan. Puasa sebulan pun belum tentu cukup sempurna. Ada hati nak selebrate sakan.

2) Bila buka tv tak abis-abis program menyanyi. Tukar cenel menyanyi lagi. Tukar tv1 pun menyanyi jugak. Ni dah style zaman jahiliah punya selebrate raya. Tak percaya? Tanya pak imam.

3) Perut dah mula jadi jem. Kalau dalam perut ada manusia yang bekerja memproses makanan macam dalam kilang, mesti derang mintak resign itu jam jugak. Nafsu makan menjadi-jadi. Kira macam kes pembalasan dendam. Kesian perut...

4) Hari raya semua manusia jadi plastik. Jumpe orang ni mintak maaf. Jumpe orang tu mintak halal hutang segala. Ape gila?! Walaupun sunat bermaafan di hari raya, kenapa hari-hari biasa tak buat bende yang sama. Kalau bukan pagi raya, baru tergesel sikit kereta dia punya maki macam tak ingat akhirat. Tak ke plastik manusia ni???

5) Hari raya kedua gua dah terkedek-kedek goreng telur. Dah menyampah sungguh tengok ketupat lemang atas meja. Tahun depan cadang nak beraya dekat Australia la pulak. Rimas!!!

6) MU menang 4-3 dengan City. Mark Huges salam ngan Alex Ferguson macam budak kecik salam lepas bergaduh. Ape kehalnye? Anti MU kene terima hakikat. 3 points tetap 3 points. Menang tipis, menang nasib bukan persoalan. It's all about a game. Bola tu bulat. Suka hati dia lah nak bergolek macam mana pun. Hahahaha

12 comments:

terrafida said...

keluarga keh tak besar, raya ke 3 keh dah bosan, nak keluar cuci mata, jalan 'jem' giler maklumlah baru raya ke 3 (bagi orang lain)

TV ? tak buleh diharap langsung, jadi keh mula buat kerja mengarut - baca buku.

keh ingat nak lari ke New Zealand, sebab disitu ada lembu - lembu yang segar kikiikikiii....

Bobo Brazil said...

-terra-
raya ke-3 keh dah start makan pizza hut...

alhena said...

kalo raya kat australia kang bosan pulak makan daging kanggaroooo..:p

Bobo Brazil said...

-alhena-
kat australia leh main boomerang

F A R Y N said...

n yg paling menyampah...
drama kat tv sure stok leleh air mata...buhsan!

Bobo Brazil said...

-faryn-
klu camtu tengok la raja lawak. hahaha

Hashim Zabidi said...

Bobo, salam raya...

Apa tidaknya, perut dah macam kilang. Kerja 24 jam tanpa sif. Itulah tandanya tuan punya perut tak lama lepas raya akan sepital. Masuk sepital dua mertabat. Tak jalan, sehat. Jadi, itulah perlunya banyak bersalam, minta maaf, halal makan minum, kalau ada hutang tak payah bayor dan macam-macam lagi.

Janganlah kamu hairankan sangat bobo...

Bobo Brazil said...

salam pakcik,

heran pakcik, heran. cuba kalu hari biasa sume orang bersikap macam hari raya, aman donia... hahahaha

asyiqin said...

manusia kan lemah...nafsu lebih dr akal...blaja sudah...mmg dh pandai...tp bab nafsu menggoda plus2 setan..mmg manusia xtahan...

tu la org ckp...emosi lebih dr rasional...

blh ke kite samakan emosi ngan nafsu?

Bobo Brazil said...

-asyiqin-
dari segi ejaan memang tak sama langsung. hahaha

eL said...

Ok lah...nak mintak maaf sebab selalu kerek kat sini. Esok mintak maaf lagi. Nak ikut yang no. 4 tu.

Bobo Brazil said...

-eL-
kadang-kadang keh suke makan nasi goreng tang kerak-kerak. Mujur keh tak jadi kerek. hahahaha