Search This Blog

Tuesday, August 18, 2009

Raju masih hidup

Raju berlari sambil manarik Malisha bersama. Malisha menangis ketakutan. Pillay dan 20 orang samseng mengejar dari belakang. Raju dan Malisha berlari sekuat hati. Muzik mode berdebar dimainkan. Tak semena-mena hujan turun dengan lebatnya. Raju mempercepatkan lagi larian. Malisha kelihatan termengah-mengah. Air matanya mengalir selaju hujan yang turun.

Pelepow!!!!

Satu kayu menghinggap kepala Raju. Raju tersungkur ke tanah mengheret Malisha bersama. Darah merah yang segar segera membasahi tanah. Hujan makin menggila lebat. Diikuti dengan pancaran kilat dan dentuman guruh di langit. Raju cuba untuk bangun. Darah bercampur hujan membasahi baju putih Raju. Malisha berusaha menolong Raju untuk bangun.

Pillay mencekak leher baju Raju. Pada masa yang sama dia menyepak muka Malisha. Malisha tersungkur ke tepi tidak sedarkan diri. 20 yang lain mengelilingi Raju. Raju berdiri dalam kepayahan. Mata Pillay ditentang tepat. Pillay tersenyum sinis. Raju menggenggam penumbuk. Jelas terpancar amarah yang menggila dari matanya. Muzik mode bergaduh pula dimainkan.

Raju melepaskan tumbukan. "Debush!!!" Pillay mengelak. Raju tersungkur ke depan. Pillay menghayunkan parang ke arah Raju. "Pelepap!!!" Raju menepis menggunakan tangan. Tepat mengenai lengannya. Raju bergolek kesakitan. Seorang samseng menedang perut Raju. Seorang lagi memijak rusuk kiri. Samseng-samseng yang lain bersungguh-sungguh membelasah Raju dengan kayu. "Debush!!! Debush!!! Pelepap!!! Debush!!!" Raju mengerang kesakitan.

Malisha tersedar dari pengsan. Dia menjerit nama Raju dan segra berlari ke arahnya. Pillay segera menarik sari Malisha. Malisha jatuh tersungkur sekali lagi. "Owh...." Pillay menarik rambut Malisha. Malisha menjerit. "Ahhh!!!!" Sekali lagi kilat memancar diikuti dentuman guruh. Pillay lantas memeluk Malisha sambil ketawa berdekah-dekah. Malisha berusaha melepaskan pelukan Pillay beserta tangisan dan jeritan.

Sepantas kilat Raju bangun dengan mendepakan tangan sambil menjerit "Argh!!!!!!!!". Semua samseng bertaburan jatuh atas lantai. Muzik bertukar kepada mode berdebar. Pillay tidak mempedulikan Raju. Semakin erat dia memeluk Malisha dengan ketawa yang berdekah-dekah. Malisha tidak lagi terdaya untuk melawan.

Raju melangkah ke arah Pillay. Muzik mode berdebar dimainkan semula tapi pada beat yang pantas. Samseng yang cuba menghalang gerak kakinya disepak terajang hingga terpelanting ke dinding. Pillay memandang tajam ke arah Raju sambil ketawa sementara lidahnya cuba menjilat pipi gebu Malisha. Malisha berusaha mengelak jilatan yang menjijikkan itu sambil menjerit-jerit.

Dengan tak semena-mena seorang samseng berlari dengan parang untuk menetak Raju dari belakang. Malisha menjerit untuk memberi amaran.

Pap!!!

Skrin tv umah gua tiba-tiba gelap. Kipas semakin perlahan berputar. Suasana bertukar menjadi hening. Segera gua mengkarate bantal. Sekor kucing gua yang tengah menonton cerita tamil bersama gua terajang sampai terperosok bawah kerusi. Hantu punya TNB! Time-time camnilah nak blackout. Macam mana gua nak tahu apa jadi dekat Raju?!!!

10 comments:

one_munawwarah said...

heh.

Raju berpaling lalu menahan parang dengan tapak tangannya. darah merah raju jenis A - mengalir lagi. Raju mencapai parang lalu terkedek2 berlari ke arah Pillay.

Pillay melepaskan Malisha dan mengeluarkan pistol serta melepaskan sedas dua yang sipi terkena bahu Raju. Raju buat2 gaya ada momentum. Pillay kehabisan peluru dan Raju tersenyum lebar ke telinga, sambil mengesat peluh yang bercampur air hujan.

Sebaik saja Raju bersedia untuk menyerang Pillay, Pillay tiba-tiba berubah raut wajah dan rebah ke tanah. Malisha dah tikam dari belakang guna kerambit.

sekian.
boleh aku consider tulis skrip filem tamil pasni.

Bobo Brazil said...

ceh, berani ko ubah jalan cite tu! hahaha

Emblem of Purity said...

kalau ye pun blekaut, takkan la sampai kena terajang kucing tu...sian kucing tu tau :-( <--- emosenel kejap kekeke

Bobo Brazil said...

lagi emosenel kalu tgk cite tak abis. haha

one_munawwarah said...

same je kalo ko tgk sampai abis pon. bosan dah aku asik2 hero je bunuh org jahat.. mwahahahha

Bobo Brazil said...

-one-
ko tau, kalau dekat sana, hero mati je panggung kene bakar. huhu.

asyiqin said...

emo krana citer tamil??...rekod bunz yg aku rs pelik..sgt...stakat tgk wrestling dolu2..pernah la...citer filem sponsor by dunhill...tu je rs...rekod tamil xpernah lak...

Bobo Brazil said...

aku skrg tiap-tiap hari pekene tamil. sehari tak pekene x sah! rasa mcm nak langgan slot thagathirai utk bulan pose ni. ok x?

asyiqin said...

huhu...ok je...lelama koling kt mamak tu ckp ko leh translate apo yg dia ckp...dh upgrade taraf hidup tuuuu

aida cy said...

betul2..hero tamil=hero orang2 tamil secara realnya.Kira cam fantasi life la.Hidup diorang tak secerah kita.

aku vote for Chandramuki