Search This Blog

Monday, August 17, 2009

Guthrie highway yang misterius

"Ko jangan memain sangat highway Guthrie tu. Semalam aku dah kena" member gua bersuara.

"Speed trap?" gua membalas seraya menghirup teh o ais limau. Baru sedap sikit rasa tekak.

"Bukan. Pontianak tumpang aku semalam" balas beliau selamba.

"Shit!!!"

Gua mula mencarut dalam English sebab terkejut. Gila! Pontianak tu... Kalau perompak ke, pembunuh bersiri ke, pakcik kereta rosak tepi highway ke gua takdelah nak rasa seram sangat. Lagipun masa gua jeling jam dinding mamak tu lagi sepuluh minit nak masuk Maghrib. Ikut petua arwah nenek gua dulu, time-time macam ni segala hantu setan tengah make-up bagai nak masuk kerja.

"Betul, aku tak tipu. Malam semalam aku balik kerja lambat sikit. Biasala. Hari Jumaat. Banyak mende nak settle. Dalam pukul 1150 aku gerak balik. Masa tu aku memang dah mula rasa tak sedap hati" beliau mula bercerita. Gua tambah order teh o ais pulak. Tekak betul-betul kering.

"Aku start kene masa mula-mula nak naik bukit lepas tol tu. Time tu kete memang tak banyak. Ada la 3 bijik. Masa nak naik je bukit tu, kete rasa berat nak mampus.. Aku tekan pedal minyak sampai ke lantai pun tak boleh pergi. Mengaum je lebih. Aku dah mula terbayang yang bukan-bukan. Aku syak ade yang menumpang. Berpeluh weih...ekon pun dah tak rasa sangat" beliau menyambung. Gua mula terbayang cerita hantu highway Karak.

"Ko tak benti check ke? Cermin pandang belakang? Cermin sisi? Try tengok dekat tempat kaki seat sebelah?" gua tanya macam wartawan.

"Gila! Ko tak ingat ke David Teo pesan jangan pandang belakang?! Aku mana berani. Sekali dia tersengih kat seat belakang, amacam? Bleh stop jantung. Time tu aku cuba baca apa yang patut. Aku set kalau lepas bukit still rasa berat jugak, aku benti tepi, aku azan seround. Sebab atuk aku penah pesan macam tu. Lepas je bukit, aku rasa berat lagi. Yang buat lagi seram, ade satu kete cucuk aku dari belakang lepas tu bagi high beam. Dia potong aku, dia hon sedas lepas tu berdesup dia pergi. Pergh, cuak weih... Aku syak ntah-ntah dia nampak mende tu tengah bertenggek atas bumbung kete aku. Time tu jugak aku mula bau something...."

Gua tengok beliau sedut limau ais. Sekali sedut dah tinggal suku cawan. Gua senyum senget. Macam Maria Tunku Sabri!

"Bau busuk. Macam getah keping. Tak pikir lama aku terus berenti tepi. Aku baca ayat Kursi 3 kali. Slow-slow aku tengok cermin pandang belakang. Mula-mula jeling sikit. Tak nampak mende. Aku terus toleh laju-laju, memang seat tu kosong! Tapi still ade bau lagi. Aku tengok pulak cermin sisi sebelah aku. Aku nampak something!"

Beliau berenti lagi. Kali ni sedut air sampai abis.

"Pontianak?" gua meneka. Gua mula terbayang yang pontianak tu slow-slow turun dari bumbung kereta, berdiri dekat tepi. Rambut mengerbang kene angin. Baju putih carik-carik sikit kain dia. Tersengih.

"Bukan. Aku keluar kereta, aku tengok tayar aku yang bau hangit tu. Disc brek dia problem. Heh! Aku main-main je. Kalau betul pontianak yang tumpang aku semalam, ko leh ke jumpe aku kat sini? Demam beb....hahahaha"

Itu jam gua terus bangun. Kali ni gua tak bagi pelempang. Gua campak seringgit atas meja. Gua terus blah. Maghrib gua nak kira macam mana, setan?!!!

4 comments:

asyiqin said...

hohoho....blk tu...ada x sesape ke bende ke tumpang?...hehe

Emblem of Purity said...

Wooo wooo wooo...takkan dengar cite hantu, maghrib burn kot...

Muahaha...tersedak Maria Tunku Sabri wehhh....

Bobo Brazil said...

-kpeng-
entiti color kuning

-emblem-
haha. sipi2 nak burn

asyiqin said...

kaler kuning??...hmmm..garfield dlm kete ke? spongebob? tp dlm kete ko tu aku rs spongebob...