Search This Blog

Thursday, August 20, 2009

Perutusan Ramadhan Bobo Brazil

Bulan puasa menjelang lagi. Bila bulan puasa sudah tentu ada bazar ramadhan, ada jualan murah, mercun katak, Puduraya sesak dengan orang cari tiket balik kampung, iklan petronas, buah kurma timur tengah, bonus raya, langsir baru, dan juga kaunter zakat fitrah. Kebiasaanya bulan ni memang bulan paling happening sekali sampaikan konsep berpuasa boleh tersasar jauh.

Mengerjakan ibadah puasa selain menahan diri daripada lapar dan dahaga, pandangan mata juga harus dijaga. Kalau nampak awek yang 'hot' elok cepat-cepat pandang tempat lain. Takut nanti kene potong markah. Selain mata, tutur kata pun kena jaga. Kalau sebelum ni asal marah je mencarut, asal tak puas hati je maki hamun, elok bawak bersabar. Diam pun ok jugak. Tapi janganlah sampai bila orang tegur buat tak tahu, orang bertanya buat bodoh. Itu bengap namanya! Puasa satu hari pun takde guna bai....

Selain itu juga, elok bulan puasa ni kita penuhkan masa dengan beribadat. Bila bulan biasa asyik balik rumah lambat, jauh malam baru sampai, atas urusan kerja ataupun melepak di kedai mamak, kita ganti dengan balik awal. Berbuka bersama keluarga. Berterawikh bersama. Mana tahu, Ramadhan tahun ni Ramadhan terakhir kita bersama. Yang berjiran boleh bertukar-tukar juadah. Sama-sama rasa. Disamping itu, perbanyakkan bersedekah. Semoga menjadi pahala tambahan untuk bekalan di sana nanti. Bersedekahlah pada sesiapa pun. Tua atau muda. Kecik atau besar. Paling koman pun pada Myanmar yang menyamar. Yang penting hati mau ikhlas.

Dalam bulan puasa ini juga, gua ingin menyeru kepada semua termasuk diri gua sendiri supaya rekod kehadiran kita ke masjid dapat A+. Kalau sebelum ni singgah masjid sebab tengok member bernikah takpun awek ajak sembahyang Asar time dating, elok dalam bulan ni ramai-ramai kita ke masjid untuk Isyak dan terawikh secara jemaah. Gua sendiri pun berkobar-kobar tahun ni nak terawikh dekat masjid sebab dengar cerita anak pak imam baru balik Mesir. Heh!

Akhir kata, gua ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa se'perfect' yang mungkin kepada semua. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini memberi kita seribu kerahmatan.

Salam Ramadhan daripada,
Bobo Brazil

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah baca,
Harap balas.

4 comments:

one_munawwarah said...

may this be your best ramadhan ever.

sebelum tu, didoakan supaya sempat smpai ke bulan ramadhan.inshallah.

Emblem of Purity said...

Makan asam buah kuini
Nak balas la ni

Selamat berpuasa juga. Kemsalam pak imam ye...hiksss.

Basuh Baju said...

ok, gua balas dgn kaca ek? haha

Bobo Brazil said...

-one-
tq

-emblem-
pak imam kem salam blk

-basuh baju-
hoh!