Search This Blog

Saturday, August 22, 2009

Di mana dia, anak kambing saya...

Bangun tido tadi rasa macam kat kutub selatan. Gua amati bunyi suasana luar. Hujan... Kicauan burung pun dah tak kedengaran. Kalau tidak, kecoh semacam. Rasa nak lempang-lempang. Gua menggeliat lebih kurang, baca doa bangun tido sekali dengan doa murah rezeki, gua turun dari katil dengan kaki kanan. Gua menggeliat lagi sekali.

Gua bukak pintu bilik. Sunyi. Gua tuju ke peti ais. Takde sebarang note. "Diorang pergi pasar agaknya". Gua tuju pulak ke dapur. Jerang air panas. Sementara nak tunggu air masak, gua pergi gosok gigi dan basuh muka. Tak sanggup nak mandi. Boleh kene lemah jantung mandi sejuk-sejuk.

Settle urusan dalam bilik air, gua tuju balik ke dapur. Amik cawan, bukak nestum, bubuh susu, tuang air panas, last sekali kacau sampai sebati. Aroma dia harum semerbak... Nak bagi lagi feel minum nestum, gua bukak TV3. Ben 10. Heh, rasa macam budak darjah 3.

Perlahan-lahan gua letak cawan dekat bibir. Panas sangat airnya. Boleh melecur lidah kalau kene. Tiba-tiba...

PAP!!!!

Gua hentak meja. Gua letak cawan balik atas meja. Gua pandang tin nestum dengan penuh dendam kesumat.

Macam mana gua boleh lupa hari ni dah puasa. Mujur setitik nestum tak masuk rongga mulut lagi. Kalau tak, abis ternoda markah puasa... Besok gua nak sahur. Lepas subuh taknak tido. Baru tido 3 jam setengah, dah macam-macam hal!

***
Ini cerita betul. Sejak akhir-akhir ni gua kerap kene tipu. Kunci kereta tak ingat letak mana. Dah bayar barang lupa amik duit belen. No pin kad meybeng pun boleh lupa. Mujur jadual makan nasi tak lupa. Gua yakin jin tanah dah sampuk gua itu hari!

6 comments:

asyiqin said...

kalu dh msk rongga tekak...alhamdulillah...

mak aku dulu blk tengahari...siap2 masak dia lepak makan angkat kaki sebelah gitu...tgh2 duk minum air..dh kenyang sarat...dia leh cakap...eh...lupak..aku pose rini!!...(dia pose ganti)


kira msk akaun rezeki...pose tetap pose...

kira ko ingat sblm mencekik...telah membazir nestum tu...

p/s: aku bersimpati ngan nestum yang semerbak tuuu

Bobo Brazil said...

aku letak dalam peti. eh, canggih gak gaye mak ko makan. hahaha nnt aku trun sne leh ar ajak mak ko lepak sekali. HAHAHAHAHA

Anonymous said...

ermm..tu ape mksudnyerr tu bun...beingat2la..hhehehhehe

Bobo Brazil said...

nak ingat mende?

Emblem of Purity said...

ke ngigau? kekekeke....

Bobo Brazil said...

dulu2 slalu juge buat2 mengigau...