Search This Blog

Thursday, August 6, 2009

Bila petang yang biasa bertukar menjadi luar biasa!

Balik kerja tadi mood gua macam biasa. Gua pasang sinar.fm untuk menambahkan lagi mood biasa. Kereta 1.0cc gua meluncur atas jalan dengan kelajuan biasa. Pendek kata serba-serbinya biasa.

Sampai di suatu tempat, pada jalan bertentangan gua ternampak satu kelibat kereta. "Macam kenal.." hati kecil gua berkata. Gua jenguk kepala untuk mengesahkan bisikan hati ini. Sah!!! Memang beliau. Jantung terus jadi kucar-kacir. Gua dah tak pikir mende lain. Beliau! Hanya beliau!

"Tunggu aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" gua menjerit sendirian dalam kereta.

Gua terus buat u-turn. Sretttt!!!!! Bunyi tayar kereta gua. Dari cermin sisi gua tengok tayar belakang kereta gua berasap. 2-3 bijik kereta berlanggar sesama sendiri. Sorang mat motor melayang ke jalan sebelah. Bunyi hon, bunyi brek kereta mengatasi sound system kereta gua. Mesti berbakul-bakul gua kene sumpah. Gua tak peduli.

Pada masa yang sama gua matikan ekon. Tak mampu nak speed. Terus gua tekan pedal minyak sampai ke lantai. Gua kejar tanpa toleransi. Beliau semakin jauh. Gua terus kejar tanpa putus asa. Gua seluk kocek amik henpon. Celaka! Bateri semput. Memang lepas ni jangan harap gua nak percaya dengan Nokia. Connecting People kepala taik!

Gua hulur kepala luar tingkap. Gua bagi isyarat lampu. Dengan harapan beliau perasan. Dari kejauhan gua nampak beliau belok ke kiri. Gua guna dua-dua kaki tekan pedal minyak. Tanpa signal terus gua masuk simpang. Sretttt!!!!! Sekali lagi tayar belakang gua berasap. 2-3 bijik kereta jalan bertentangan berlanggar sesama sendiri. Sorang lagi mat motor melayang ke jalan sebelah gua. Gua mengelak. Mujur sempat. Gua tekan minyak lagi. Beliau semakin sayup dihadapan.

Sampai simpang empat, gua terus brek emergency. Mujur takde sebarang kereta belakang mahupun dekat sebelah. Beliau hilang! Gua tak tahu arah mana nak tuju. Instinct gua malap. Gua terus karate stereng kereta. Air mata mahal gua mengalir di pipi. Gua hilang beliau lagi... Hati kecil gua terus berdetik untuk tukar kereta. Celaka!

Sepanjang jalan pulang, gua ditemani lagu Pelangi Petang.

p/s: Kalau beliau baca entri gua ni, gua harap beliau dapat menghubungi gua melalui medium apa pun, hatta melalui seekor kura-kura. Tolong hilangkan kekusutan yang ada dalam pikiran gua ni. Sekian, terima kasih!

11 comments:

NORHANIDA YAHYA said...

sape beliau tu wei???

Hashim Zabidi said...

Bobo,

Dengor bunyi srriiiit tu rasa macam nak campur tangan, tapi bila tengok kaki saya sengal-sengal,lagi lambat nok menekan pedal, lantak ke aoklah. Esok buka Malaysia kini dengar cerita, ha ha ha...

terrarosa said...

medium seekor kura - kura ?
alamak tadi , baru masuk berita Mat Motor yang aok langgar tu jatuh menghempap seekor kura ...
kikikiiii...

"what goes around comes around"

:P

Bobo Brazil said...

-hanida-
beliau tu kata ganti nama ketiga untuk seseorang. hoho

-pakcik hashim-
haha. kaki sengal-sengal kene rendam dalam ais. ade ape dalam malaysia kini?

-terra-
huh? maybe keh kurang perasan ade kura-kura atas jalan...
"what goes around comes around" adei.....

Emblem of Purity said...

Susah la nak caya kete2 tu berlanggar sesama sendiri. Weeeiii...baik ngaku cepat, nih cite tipu ke cite betoi nih?

Bobo Brazil said...

-emblem-
betul, kereta tu berlanggar sesama sendiri dalam kotak pikiran kreatif gua. haha

asyiqin said...

poyo tol...fantasi byk je...aksi kejar mengejar yg mgkin org kiri kanan xpasan...xmgkin la tayar tu berbunyi melainkn berat bdn dh bertmbh...hmmmm...brp berat lu skang...??? gua musykil la beb...huhuhu

Bobo Brazil said...

-asyiqin-
thinking outside the box la beb.. haha

asyiqin said...

bukn x thinking out of box beb....tp huhuhu...gua berimegenasi ngn tayar tu...gua pk lain je....huhuhu...

soklan lg...berat brp dh beb? huhuhu...gua dh turun 6 kilo...ada berdetik tak dlm ati kata...cis...cis dan cis...huhuhu

Bobo Brazil said...

gua sekarang makin berat pahala. amacam?!

asyiqin said...

bengang2!!!....huhuhu