Search This Blog

Monday, August 3, 2009

Journey Runcit-Runcit : Penang

Sipnopsis

Trip gua ke Penang boleh dikatakan 'unplanned journey'. Gamble aje. Sehari sebelum nak gerak baru gua roger Ija (unofficial tourist guide area utara bagi Ahli Persatuan). Tiket train seme gua settle kurang 24 jam sebelum masa bertolak. Mujur bukan cuti sekolah. Tapi penuh jugak dengan budak-budak IPTA/IPTS sebab kes H1N1. Kecoh tak patut.

Apa yang boleh disimpulkan, gua memang satisfy dengan trip kali ni. Lagipun ini kali pertama gua gerak secara solo, dengan bajet paling minima, takde perancangan, dan terlupa bawak ubat gigi. Gila apa nak makan nasi kandar tak gosok gigi?!

Terimalah catatan ringkas gua dalam "Journey Runcit-Runcit : Penang".

p/s: Gua catat bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri jugak. Mungkin di masa depan gua dapat penyakit Alzheimer takpun penyakit lupa diri, sapa tau. Takdelah memori ni hilang macam tu aje..

***

Gua gerak ke Penang dengan menaiki tren Ekspress Langkawi. Sepatutnya tren gerak pukul 8p.m. Tapi delay. Tak sangka pulak. Selama ni ingatkan Air Asia je selalu buat delay. KTMB pun pandai jugak. Heh! Dalam menunggu tren gua tengok masing-masing muke tensen tak patut. Ada yang kejap-kejap tengok jam. Yang jenis pakai smart macam pergi kerja terhiling-hiling dengan handphone. Yang makwe-makwe dah mula kesat muka dengan tisu. Gua hanya tersandar tepi dinding. Apa nak kejar..

Tiba-tiba gua disapa oleh sorang akak ni. Muka dia macam kene sembelit.

"Eh, awat tren ni? Dah kul 8 tak sampai-sampai lagi" akak tu bertanya seolah-olah gua ni drebar tren.

"Diorang kate tayar pancit..." balas gua sambil menunjuk ke arah brader-brader KTMB yang tengah bersidai tepi tangga.

"Ooo... awat la tak depa tak cek awal-awal. Hish!" akak tu mendengus.

Itu jam gua dah nak bantai gelak. Akak ni takkan tak perasan lawak yang gua buat. Bendul tak patut! Gua syak mesti ni first time dia naik tren. Nasib baik gua sorang. Gua cuba kawal gelak. Kalau tak memang gua gelak tepuk-tepuk dinding.

Pukul 8.20p.m tren pun sampai. Masing-masing berkejar-kejar turun tangga. Gua ingat, itu jam kalau ade yang tergolek memang boleh mati kene pijak. Ape kejadah la diorang ni. Macam seat dalam tren tu sama dengan komuter. Kalut!

Tren yang gua naik ni panjang nak mampus. Entah berapa gerabak. Yang pastinya tren ni bukan menuju ke Langkawi. Tapi ke Hadyaii. Gua menapak pepalih jauh menuju ke ke gerabak Q1 (2nd class). Dah nak hujung landasan jugaklah. Tak sanggup rasanya nak kire dia ade berapa gerabak. Sebab bila sampai ke Q1, gua toleh belakang tengok gerabak yang paling hujung memang nampak sayup je. Waktu tu baru gua teringat yang gua terlupa bawak kamera. Gua naik tren sambil menepuk dahi. Terpaksalah mengharap phone camera yang tak seberapa.

Sepanjang dalam tren penumpang dihidangkan dengan cerita Tom & Jerry. Tapi sekor budak under-12 pon gua tak nampak. Ape kejadah?!! Nak tak nak layankan ajelah. Nak tengok luar apa nampak. Gelap. Silap-silap boleh terpandang kain putih melayang seiring dan sejalan. Naya weih...

Bila tren sampai dekat Rawang, mata pun dah mula kuyu. Sayup-sayup je dengar lagu Tom & Jerry. Gua hanya tersedar bila sampai dekat Parit Buntar. Tengok jam dah pukul 5.15a.m. Gua tak berani nak lelap balik. Silap gaya boleh holiday ke Hadyaii. Gua bangun terus pergi lepak dekat pintu. Angin dia memang syahdu... Layan borak dengan brader tiket. Bukak cite pasal isu semasa. Kepala lebih kepada angin pagi. Ape barang brader bangun pagi cakap pasal ekonomi. Gua bukan Ungku Aziz!

Nanti sambung lagi. Ubat selsema ni memang hantu!!!

7 comments:

Ahmad Belia said...

giler laa lu. gua gua dah sekarang..

Bobo Brazil said...

idea lebih banyak bila guna ganti nama ni.

mujur masa meeting tak ber'gua'. kalau tak, mau kene halau.

asyiqin said...

huiyooo...dh lama x buat unpredictable plan mcm tuh...

rindunye rs...naik bas turun bas....best2...

keje outstesen je la merasa bjalan jauh...

dh pth tgn nih...cuti lama nih...boring sgt...nk jln2...tp mcm xmampu...nk mandi nk mkn..nk pakai bj....susah...takut brjln kang pkai bj senget je...huhuhu

Bobo Brazil said...

dasat gak lu eksiden klu gitu gaye...

asyiqin said...

yela...bukannye ko nk dtg jenguk aku....sedih tu...dh la gigi x ori dh...mulut pon ada parut...x kiut dh aku

Bobo Brazil said...

tgu gua sambung journey runcit-runcit: Ganu next year...

G hujung tahun rugi beb. banjir...

asyiqin said...

thn depan tgn x pth dh...mesti dh ok...kang kene plak bwk ko round2...hmmm...xcukup sen....kuih3x