Search This Blog

Wednesday, July 1, 2009

Misi mustahil

Seumur hidup gua, perkara paling menyampah sekali nak buat ialah berurusan dengan orang-orang kaunter. Misalnya kaunter bank, kaunter pejabat pos, kaunter ubat tak pun kaunter pertanyaan. Memang pepalih punye malas. Kalau dipaksa-paksa jugak boleh kene muntah darah tak pun sawan babi. Kaunter KFC dengan kaunter tiket je yang gua lembut hati sikit. Entah kenapa...

Tapi, 1 Julai ni dah merobah pola kehidupan gua. Semuanya gara-gara urusan kerja gua yang makin hari makin menuntut gua berurusan sedemikian rupa. Bila gua dengar je sore bos gua dari dalam bilik dengan intonasi semacam, gua dah mula rasa berdebor tak tentu hala. Takde lain lah tu, mesti ade misi mustahil untuk gua.

Petang tadi, satu cek bernilai RMXXXXXX telah dinamakan atas nama gua. Bos gua bagi arahan cash kan cek pastu pergi beli jengkaut satu. "Ko bayar cash. Kasi nampak berlagak sikit dengan apek tu" kata beliau sambil menghembus asap Dunhill ke muka gua. Tanpa banyak soal, gua main angguk je. Padahal dalam hati gua dah kucar kacir.

Manakan tidak, gua kene bawak tunai RMXXXXXX naik kereta 1.0 cc gua?!! WTF!!! Kereta gua bukan ade security system tahap presiden Amerika. Paling tidak pun van Securiforce. Alarm kete gua pun dah 2 bulan mampos! Ape cite?!

Kalau perampok nak merampok gua macam mana? Dia follow gua keluar bank. Pastu bile gua masuk kete je dia follow gua dengan kereta dia. Dah tu pulak dalam kete dia ade M16 takpun bom tangan C4. Sampai je kawasan sunyi, dum!!! dia langgar belakang gua. Meluru diorang keluar dari kete. 4 bijik M16 hala direct ke muka gua. Bom C4 diorang acah-acah nak baling kat gua. Ha, amacam? Mana gua nak selamatkan? Kereta gua hancur ke, duit opis gua kene bawak lari? Kalau gua buat lagak hero macam cite Hollywood tak ke hancur kereta gua tu? Takpun gua jadi kecut bagi je duit kat perampok tu, company gua boleh jatuh miskin. Nanti macam mana nak bayar gaji bulanan gua? Pikiran betul gua tadi.

Dah tu pulak gua mana reti nak cash kan cek. Seumur hidup gua tak pernah orang bagi gua cek. Nak sign cek apatah lagi. Lagipun gua ada banyak peristiwa hitam bila berurusan dengan bank masa sekolah dulu. Dibuatnya sejarah berulang kembali macam mana? Memang gua tak 'in' betul dengan orang bank. Meremang bulu betis gua dibuatnya. Semua perkara-perkara buruk terus berlegar dalam pale otak gua masa on the way pegi bank. Gile gua rasa.

Sampai je gua kat pintu bank, gua terus baca 2-3 ayat pendiding campur sikit doa penerang hati dengan sikit doa murah rezeki. Gua hembus kiri kanan, gua langkah dengan kaki kanan. Dada gua terus berdegup macam drum Metallica.

Tak sampai 10 minit, semenye settle. Senang rupe-rupenye cashkan cek ni ye.... Baru gua tau di usia 26 tahun.

3 comments:

mabuk said...

tue saje...

linamajid said...

belajar dr akak ko ni ha! tu lahhh..tau semua sangat kannnn...

Bobo Brazil said...

-mabuk-

abih lu tau sangat ke? kua duit gune kad pun mujur gua yang ajar

-linamajid-

tau!!!