Search This Blog

Friday, July 3, 2009

Pengalaman gua berurusan dengan orang gomen

Pagi tu bos gua mintak gua settlekan satu misi dengan pejabat gomen. Gua dah mula malas nak mampus. Mesti banyak karenah birokrasi yang gua terpaksa lalui nanti. Tapi disebabkan gua pikir raya dah nak dekat dan gua nak bonus raya, gua terus setuju dengan permintaan beliau.

Gua sampai kat pejabat gomen tersebut dalam pukul 1145am. Tapi gua dah terbau nasi ayam dalam opis tu. Gua syak mesti ada makan-makan free. Memang langkah kanan gua hari tu. Tersengih-sengih gua masuk. Dengan harapan gua akan dipelawa sekali untuk makan nasi ayam.

Sampai je gua kat kaunter urusan, borak lebih kurang, akak kaunter tu mintak gua duduk kejap sementara dia cari dokumen yang gua perlukan. 10 minit berlalu. Gua rilek-rilek lagi sambil main game henset. 15 minit. Gua dah mula nak mencarut. 18 minit gua terus jenguk dalam kaunter. Gua tengok akak kaunter tu tengah makan nasi ayam. Kepala gua rasa berasap je...

"Er, kejap ye cik, staff kami tengah makan.. Lepas ni kami dapatkan dokumen yang cik perlukan" kata akak kaunter tu dengan selambe.

Gua terus duduk balik sambil berpeluk tubuh. Dah la tak ajak gua makan. Boleh pulak dia kenyangkan perut dia dari settlekan hal gua. Gua ajak diri gua bersabar. Sambil-sambil tu gua beristighfar dan berzikir. Orang kata elok untuk kawal marah.

Tak lama lepas tu gua tengok akak kaunter tu pun keluar menuju ke satu tempat yang gua kurang pasti. Mesti nak cari dokumen gua. Tak sia-sia gua tahan sabar. Bila akak tu balik je ke kaunter, gua haram tak nampak fail atau envelope pun kat tangan dia. Takkan dia sorok dalam baju kot. Yang gua nampak sepinggan buah. Menonong je masuk kaunter. Sambung borak sambil makan dengan kawan-kawan dia yang lain.

Itu jam gua dah hilang sabar. Gua amik kerusi ntah mana datang, gua terus hempuk cermin kaunter. Bersepai. Retak seribu. Akak tu gua tengok muke dia dah mula macam nak menangis. Gua terus lompat ke dalam kaunter tu sambil buat muka bengis.

"Woi mangkuk, lu ingat gua takde keje lain ke nak buat. Nak tunggu lu mentekedarah?!. Lu sedap melantak gua tunggu macam orang bodoh. Ape lu ingat gua ni tunggul ke?!!" api kemarahan gua memang tak boleh dikawal lagi.

"Sabar cik. Sabar. Saya pergi dapatkan sekarang jugak" akak tu cuba mententeramkan gua.

"Sabar kepala lu!!!" gua terus bagi pelempang kat pipi gebu dia. Bersembur darah. Memercik sikit kat baju gua. Gua amik pinggan buah, gua terus hempuk ke muka dia. Mulut gua tak henti-henti menuturkan kata-kata kesat.

************************************************************************************
Sebenarnya, gua terus tunggu nak dekat 30-40 minit jugak. Dokumen yang gua perlukan sebenarnya amik masa 15 minit je nak settle.Itu pun lepas ade sorang officer ni datang tanya gua. Padahal mamat tu baru je nak makan. Sanggup dia tinggalkan makan settle kan hal gua. Bodoh piang betul perempuan tu. Memang tahap tenuk. Memang gua pikir, orang gomen macam tu langsung tak patut nak dapat bonus hujung tahun. Kerja macam %^&*%. Memang celaka.

Gua tak berani nak buat sebarang onar kat situ. Sebab opis tu kalau silap sikit, boleh masuk ISA. Lu orang boleh agak kan opis mana? Hehehe...

4 comments:

linamajid said...

gua dah agak citer lu propa je lebihhh..cam berani je nak kasi pecah kaunter, tumbuk keluar darah..hahahhaaa..tapi jln citer yg menarik. imaginasi tinggi.

Bobo Brazil said...

memang gua imagine nak wat camtu. tapi gua taknak makan nasi jel beb...

Emblem of Purity said...

hehehehe...baca "amik kerusi" je dah tau apa kesudahannya. saya amat yakin bobo takkan buat mcm tu.

Bobo Brazil said...

ye, saya seorang yang lembut hati...