Search This Blog

Wednesday, June 3, 2009

Kisah Tisu

Rehat tengahhari tu, Yanie (bukan nama sebenar) sedang asyik menonton cerita Korea dengan menggunakan komputer opis. Tengah sedap-sedap layan feeling, tiba-tiba dia di sapa oleh Bob (juga bukan nama sebenar).

"Weih Yanie, bagi aku tisu satu" Bob berkata sambil mencuri tengok cerita yang ditonton Yanie.

"Ko nie Bob sibuklah. Kejap..." balas Yanie. Segera Yanie mencapai handbag disebelahnya. Mata Yanie masih lagi fokus pada skrin monitor. Handsome sangat agaknya hero Korea tuh.

Selang beberapa saat kemudian....

"Nah, amik ni. Jangan kacau aku dah!" kata Yanie sambil meletakkan bungkusan kecil berwarna biru di atas mejanya. Kalau bagi tangan ke tangan nanti bersentuhan pula. Haram hukumnya.

Entah kenapa tiba-tiba perasaan Bob bercampur baur bila melihat bungkusan biru pemberian Yanie itu. Hendak ditelan mati emak. Hendak diluah mati bapak. Bob gagahkan diri untuk bersuara...

"Err...Yanie, aku rasa brand ni aku takleh nak guna lap mulut aku ni la...Lain sangat ni..." Jelas kedengaran getar dalam nada suara Bob.

"Ah ko nie Bob, mengada-ngada. Apsal pulak? Eh, alamak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Yanie menjerit sepenuh hati. Bungkusan biru yang pada balutan luarnya tertulis "KOTEX" itu cepat-cepat Yanie masukkan kembali ke dalam handbagnya.

Bob sudah pun berguling-guling di atas lantai opis. Tanpa disedari titik-titik air mata mula mengalir di pipi gebu Yanie. Kesian Yanie...Eh, nak kesian ke? Heh!

p/s: Cite betul... betul-betul depan mata aku. Macam nak join Bob gelak. Tapi.... HAHAHAHAHAHAHA

2 comments:

one_munawwarah said...

lawak gile

Bobo Brazil said...

lawak kategori sengal gua rasa