Search This Blog

Tuesday, March 10, 2009

orang kata muka aku jambu....heh!

Bila makan jambu dengan serbuk asam, pergh... rasa masyuk habis. Nak pulak makan waktu tengah hari, time mata bukak segan tutup tak mau, memang kacip! Pepatah orang-orang dulu, "mak mertua lalu pun tak perasan". Ahh... mana nak perasan. Dah lah tua, tentu2 tak seksi. Ceh...

Sebut pasal jambu, teringat aku time kat kampus dulu. Dengan duit jambu lah aku guna untuk sara makan minum aku semester tuh. duit bulan-bulan pn. juli kasi simpan wat bayar yuran pengajian satu semester. Pergh... sadis tul time tuh. Memang kurus seketika. Pn. Juli ngan En. Romi sampai sekarang memang tak tau pasal kes ni. Kalu Mazlin Nordin tau pon, sah-sah aku masuk program Bersamamu TV3. Nanti hari raya best aku dapat hamper ngan duit raya. Wahahahahaha

Ni seme pasal PTPTN. Sesuka hati je nak blok kalu PNG tak lepas 2 pointer. Dah la time tuh aku memang busy nak mati. Mana nak concentrate pasal study, pasal aktiviti sosial, program-program masjid, hal-ehwal kebajikan anak-anak yatim, tak termasuk kes letak jawatan Dr.Mahathir. Memang tak menang tangan aku tahun tuh. Tido pon tido2 ayam je.

PTPTN dengan rasmi dan penuh ciri-ciri Ah Long nya sekat loan aku. Dengan alasan suruh aku concentrate study lupakan soal-soal aktiviti sosial ngan permasalahan politik. Ah, gila apa. Tak kan hal-ehwal kebajikan anak yatim ngan program-program masjid aku nak abaikan kot? Memang nak mampus PTPTN nih.

Start daripada tuh, nak makan ayam goreng pon cukup berkira. Kalu kawan-kawan makan ayam, aku sekadar telan air liur je. Memang sadis lah. Hari-hari makan telur goreng. Kalu terasa nak sangat makan ayam, aku amik je kerak2 ayam goreng tuh.

Setiap 3 kali seminggu naik moto ke Parit Buntar cari stok jambu. Tiap-tiap petang kul 5 je dah start potong jambu. Potong bentuk cube pastu letak dalam plastik. Satu plastik jual RM1. Asam letak dalam satu bekas. Korang nak makan asam banyak mane, tuh korang punye suka, korang bubuh sendiri. Pastu dalam bekas putih tuh letak ais. So, automatik jambu jadik sejuk. Asam pon secara tak langsung akan jadi keras2. Hahahaha

Hari pertama bisnes memang laku. Kalu ais tuh bleh makan ngan asam pon aku rasa derang sapu gak. Semangat berniaga makin mememuncak. Habis jual, kira duit. Asing duit modal, dapat duit untung bahagi dua dengan partner in crime. Dengan duit untung tuh la aku guna untuk makan satu hari esok. Kira hidup time tuh ibarat "jual malam makan siang, jual siang makan malam".. Arghh!! Motip hidup masa tu, Agi Idup Agi Ngelaban!!

Masuk hari ke-2,ke-3,ke-seminggu memang cantik. Asal gi kuliah je, ramai peminat jambu tegur "Bobo, malam ni jambu ada tak?". Sampai ke satu tahap dapat gelaran bobo jambu, dot jambu(dot merujuk kepada partner in crime). Disebabkan sokongan moral yang berterusan, semangat menjual jambu memang meluap-luap. Tangan kebas, bengkak korek biji jambu sume dah tak jadi hal. Janji, duit. Ya!!! Duit!!!!

Sebulan pon berlalu. Disebabkan berlaku sedikit shortage dalam keuntungan disebabkan oleh ada makhluk tuhan yang haram tak seksi amik jambu tapi tak bayar, mode perniagaan diubah dari bilik ke bilik dengan mengusung ice box. Disebabkan tahap glamer dah mengatasi segalanya, bunyi seretan selipar kat koridor pon peminat-peminat dah tau. Belum pintu bilik diketuk, peminat semua dah jerit "Nak jambu, nak jambu". Pergh...itulah penangan jambu bobo dan dot. Memang laris. Tak payah nak pakai ilmu pelaris.

Dan akhirnya, sebelum start semester exam, duit yuran pon berjaya dibayar dengan penuh penghormatan. Resault exam pon gile babi naik. Semuanya berkat menjual jambu dengan jujur dan amanah. Terima kasih pada semua peminat jambu!!!!!!!!!!

4 comments:

Unknown said...

ooo...masa tu la ko jual jambu ek....
aku teringat ko citer ko jual jambu...tp xtau la plak sebabnye...ooo..sadisnye...kawanku...

tp aku nampak ko ms aku dtg sana..menembun je...hahhaha

Bobo Brazil said...

hahahaha. itu aku dah stop jual jambu. maklumlah...dah kaya balik. wahahahahahaha.

tapi siyes beb, memang masyuk gak jual jambu neh. setiap kali aku tgk orang jual jambu, musti aku singgah beli. kesian beb...kesian...

linamajid said...

ha! apa kata ko jual jambu skang ni? ke takde self satisfaction kalau jual jambu balik....wakakakakakka..jgn marah...

Bobo Brazil said...

self satisfaction tuh ape ek?