Search This Blog

Friday, March 6, 2009

Aiseimen.........

Setiap hari Jumaat cam biasa company aku jemput ustaz wat kuliah agama kat semua staff. Walaupun begitu, aku tak pernah nampak pon big boss @ bigger boss @ biggest boss attend kuliah. Seme pencacai. Maybe bosses bangun lambat setiap hari Jumaat. Ish...

Topik hari ini pasal kematian. Pergh... kalu dengar ustaz tuh punye ceramah, meremang bulu tengkuk dan seme bulu-bulu yang ada kat badan nih. Camne tak seram, bab mati nih. Diulangi MATI!!! Bile sebut mati, aku selaku makhluk tuhan yang paling seksi dan banyak dosa dah terbayang betapa sempitnya lubang kubur tuh nanti dahtu confirm-confirm gelap nak mampus. Azab kubur belum kira lagi. Pergh... rasa cam time tuh gak aku nak gi wat sembahyang taubat. Oh, baru ingat, last aku wat sembahyang taubat masa nak SPM dulu. Mampus aku!!!

Pastu ustaz tuh sentuh plak bab bacaan talkin. "Tuan-tuan bayangkan, kita di dalam kubur mendengar suara imam membacakan talkin untuk kita. Kita juga akan dengar sedu-sedan anak, isteri atau suami, sedara-mara dan rakan-rakan kita...." Pergh... nak meleleh air mata aku time dengar tuh. Hati batu aku pon rasa cam dah retak-retak sket.

Kemudian ustaz tuh sentuh plak soalan-soalan yang ada dalam bacaan talkin tuh."Tuan-tuan ingat bacaan talkin? Tuan-tuan ingat jawapannya?"
a) "Siapakah Tuhan kamu? Jawapnya , Allah tuhanku" ustaz tuh kata. Aku pon kata 'check' sebab sama ngan getusan hati batu aku..

b) "Siapakah nabi kamu? Jawapnya tuan-tuan, Muhammad nabiku" ustaz tuh menjawab soalan sendiri. Aku pon kata 'check'. Sama lagi...

c) "Apakah agama kamu? Jawapnya, Islam agamaku..." kata ustaz. Sekali lagi aku 'check'. Gila apa kalau yang nih tak tau..

d) "Apakah kiblat mu? Jawapnya, Baitullah itu kiblatku, malahan solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas ku..." kata ustaz panjang lebar. Aku 'check' separuh. Sebab aku jawab separuh je. Terlupa plak. Takpe-takpe.. rilex... dah boleh lepas sket-sket

e) "Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?" ustaz tuh tanya. Ahhhh!!! sudah!!! Makin gelap lubang kubur aku. Serius aku tak tau. Aku tengok kiri kanan. Mulut masing terkumat-kamit. Ada gak yang tanya kat orang sebelah. Ahh... habis lah aku. Yang ni memang aku tak tau. Bukan tak ingat. Tapi haram TAK TAU!!! Aku tak sabar-sabar nak tunggu jawapan ustaz. Pen ngan kertas dah ready. Yang ni confirm aku nak salin! " Jawapnya tuan-tuan, Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap kalimah “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah“.


Mulai malam ni, aku nak baca buku fardhu ain. Eh, mana pulak Pn. Juli letak buku dia nih?? Argh!!!! Ni kes nak kedekut ilmu ngan aku lah ni..

No comments: