Search This Blog

Wednesday, February 25, 2009

P.O.K.A.I

pokai. aku dah pokai. dlm wallet ada 2 keping je kertas color merah. dalam bank ada 7 keping color biru muda. sesape bek hati, bank-in lah kat aku lagi 3 keping color biru muda tuh nanti secara otomatik dia tuka jadi kertas color merah. x caya? try arr. aku tak tipu. serius!!! (klu yang x paham, nampak sangat korang bengap!)

nak arap gaji, sbtu ni la br nak merasa. pejadah! klu aku jadi PM, aku arahkan seme company x kire gomen ke swasta ke, wajib masuk gaji 21hb tiap2 bulan. klu tak ISA aku bagi. cis!

klu mintak lagi kat pn. juli nih, mau aku kene pelangkung. pagi tadi mintak rm20 isi minyak pon dia sempat lagi bagi ceramah pasal amalan menabung. cis. aku ada menabung la... tapi seme sen. malu la aku nak gi tukar kat bai jual paper tuh. nak pulak tukar hujung-hujung bulan. jatuh la imej kerjaya aku di mata jiran tertangga. sme kate aku kerja hebat. tp derang tak tau poket aku slalu tak lebat.

time aku skolah rendah dlu, bile tak cukup duit belanja je, aku pau nenek aku. tak susah pon nak pau dia. puji2 sket, buat2 baik. confirm dapat. aku kan comel... slalu ayat aku klu nk mintak duit

"wan ni cantik la...makin tua makin cantik plak. seksi lak tuh!" (nenek aku suke kemban lepas smayang zohor)

cakap je camtuh, otomatik dpt lima ringgit. busuk2 pon dapat dua ringgit. nak lagi best, aku cakap nak g kedai beli jajan, dia pon kirim skali kat aku sbb dia pon suke makan jajan, pastu bagi spoloh ringgit. pergh...balance dia takyah cite la... memang slamat ngn aku. dia dpt jajan dia je.. tuh pun separuh je. sbb aku dah makan sikit spjg jalan balik umah...dalam banyak2 cucu aku lah yang selalu perabih duit dia. tp, aku tetap jadi cucu kesayangan dia. memang aku bulat yang bertuah.

nih, cmne aku nak soru smpi jumaat ni???

No comments: