Search This Blog

Saturday, February 21, 2009

Nasib seorang aku

Tahun : Awal tahun Babi (2007)
Lokasi : Kedai makan di pinggir kota
Sinopsis : Satu petang aku keluar makan dengan seorang kawan. Baru balik dari kerja dengan seluar jeans yg mmg dah lusuh (dr zaman campus lagi aku pakai) bersama t-shirt. Kedai tuh memang sentiasa penuh dengan orang2 yang kelaparan. So, kalu nak amik makanan kene gilir2, klu tak meja kena kebas. Dijadikan cerita....

Pirana : Ko gi amik nasi dulu la. Aku jaga meja. Muka ko pon dah mcm musang kelaparan je aku tgk
Aku : ok. (terus melangkah dengan laju sebab nak kejar begedil yang dah tinggal brape bijik je..)


Tiba-tiba.........

Makcik : Eh, dik,dik. Jap, bg air limau ais satu, sirap dua, air suam satu
Aku : Erk...(sambil menggaru-garu kepala yang tak gatal)
Makcik : La, amik la order nih. Tergaru-garu tuh wat apa?! (dengan suara yang agak lantang)
Aku: Saya nak beli nasi nih. Klu nak pesan pergilah kat kaunter tu ha. Sini kan self service. (sambil menunjuk ke arah kaunter air dan terus berlalu dengan muka yang merah macam epal)

Sekali imbas aku tengok makcik tuh menyuruh anak dia yang pergi kaunter. Pirana dah gelak macam celaka kat meja.
------------------------------------------------------------------------------------

Tahun : Lembu (2009)
Lokasi : Taman perumahan di pinggir kota
Sinopsis : Aku telah diminta oleh seseorang untuk menghantar satu bungkusan ke rumah teman lama beliau. Upahnye cukup lumayan, makan ditanggung selama satu hari. Sapa tak nak beb, zaman-zaman gawat ni...Seperti biasa, aku mengenakan jeans dan t-shirt merah. Setakat keluar dengan seseorang tuh tak perlulah bergaya sangat. Hahahahaha

Orang-orang : Ko pergi rumah dia, tengok la, sapa-sapa yang keluar ko bagi je. Jangan ko borak-borak panjang plak. Aku tunggu dalam keta.
Aku : Ok set.


Setibanya di tempat kejadian........

Aku : Ting-tong... Ting-tong... Assalammualaikum!!!! Ting...Tong

Kedengaran suara dari dalam rumah....

Tuan rumah : Waalaikumsalam!!! kejap-kejap. Dik, pergi tengok kat luar tuh. Ada posmen!!!!
Aku : (Aik, posmen dipanggilnya aku.... Cis! Ada rupa posmen ke aku nih???)
Anak tuan rumah : Ye, cari siapa? (dengan krim bertompok-tompok kat muka)
Aku : Minta maaf kerana mengganggu.. Ni rumah En. W ke?
Anak tuan rumah : Ye, ni rumah dia.
Aku : Ooo, saya bukan posmen. Saya cuma nak sampaikan barang ni untuk dia. Daripada kawan lama dia.
Anak tuan rumah : Oh, sorry..sorry...
Aku : Takpe..takpe... dah biasa... tolong sampai kan ya...
Anak tuan rumah : Ok...
Aku : Terima kasih...


-------------------------------------------------------------------------------------

Nampak sangat aku kena ubah personaliti mulai malam ni. Maybe mintak khidmat Paris Hilton kot takpun Enot... cilanat betul! Cait!!!!!!!!!!

No comments: