Search This Blog

Thursday, February 26, 2009

Ape, lu ingat gua hina sangat ke?

Orang putih kata don't judge a book by its cover. Orang melayu cakap jangan menilai seseorang itu dari luaran. Orang cina, india, benggali, nepal, bangladesh, vietnam aku kurang pasti plak ape derang kate. Maybe lagi indah dan berbunga-bunga bahasa derang. Motipnya, jangan hina orang tak tentu pasal.

Pengalaman aku sendiri ketika sedang mundar-mandir di Plaza Masalam sementara tunggu Pn. Juli abis opis hour. Nak balik umah dulu, dalam poket ade sen je. Mmg tak lepas nak nek komuter balik umah. Zaman tuh aku masih lagi penganggur. baru je grad. motif hidup time tuh nak enjoy dlu. alasan, penat mentelaah pelajaran. Disebabkan taraf aku sebagai penggangur, dah tu jalan takde arah tujuan, sah-sah orang sekeliling pandang hina. Nak plak, area tuh org-org kaya shah alam la kononnya. Pirah!!!! lu mati sok, kapan color putih gak!!! Perut dah la lapa, tekak pon kering walaupun jalan-jalan dalam aircond.

Nak tunggu pn. juli abis keje ada sejam lebey lagi. Nak sampai umah, tunggu dia masak mau lagi 3 jam aku nak makan. Mati kering la aku camni. Pastu lak ada satu cafe ni wat promosi. bagi-bagi flyers. tapi haram tak bagi kat aku yang dah masuk 5 kali wat saei (salah satu aktiviti time wat haji).Tiap kali lalu aku pandang dia sambil buat gaya-gaya nak amik flyers tuh. tapi haram terus paling kat orang len. Ni kes pandang hina ni. Aku memang pantang orang pandang hina kat aku. kut ye pon, bagi je la flyers tuh. aku nak masuk makan ke tak ape ko peduli. kalu ye pon aku tak mampu nak bayar tengok ape salahnya. dah tuh plak muke awek yang bagi flyers tuh sebijik cm celaka. (bile dah marah seme nampak cam tak cantik. padahal cantik je awek tuh...)

maruah aku sbg fresh grad dah tercabar. tercalar ego aku sebagai bakal engineer. aku call pn. juli kate aku tunggu dia kat cafe tuh. siap pesan suh dia nnt cari aku dalam cafe tuh sbb nak bayar bil. kang tak pasal2 aku dilantik tukang basuh pinggan kat situ. lepas tekan button end call, aku terus masuk dalam cafe tuh. awek tuh tgk aku atas bawah. ape aku peduli. duduk kat port paling baik sekali yang leh nampak clear awek tuh. pastu terus order yang paling mahal kat situ. mahal tak mahal tak lebey rm30 la... kang ngamuk lak pn. juli. puas hati aku.

sambil makan, sambil jeling awek tuh. hambik ko. len kali jangan nak hina orang tak tentu pasal. aku sedap makan, ko sakit lutut ar berdiri lama-lama bagi flyers.
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

No comments: