1. Raya deepavali tahun ni gua sambut dengan penuh ketenangan. Takde bunga api, mercun roket, mercun gasing, mercun 12 papan dan sebagainya. Petang semalam, secara drastik gua bertolak ke Melaka. Gua yakin, kalau gua sambut di Sungai Buloh, mungkin gua tengah asah parang sekarang ni. Ye, gua memang racist juga kadang-kadang.
2. Dari pemerhatian, gua rasa bukan gua saje yang bersikap racist. Boss gua pun sama. Nak deepavali ni, gaji baru masuk semalam. Bonus hari raya takde. Cuti pon sehari. Tak ke racist? Sepatutnya, apa-apa cuti perayaan, boss gua kene bersikap terbuka. Gaji kene masuk sekurang-kurangnya 5 hari awal. Bubuh la skali dengan bonus. Cuti kene sehari sebelum dan sehari selepas raya. Barulah mesra. Kesian operator-operator yang majoritinya India nak beraya. Entah-entah shopping kat Brickfields pon tak. Boss gua lupa gamaknya. Tanpa mereka, kereta Proton takde wiper!.
3. Melaka ni sebenarnya tak best mana pon. Asalnya gua nak terjun tiruk kat Janda Baik. Tapi, cuaca pula tak baik mana. Ni, kat Melaka mana gua nak terjun tiruk?
4. Kepada auntie-auntie wiper, regulator, dan juga linkage serta uncle-uncle lori kat kilang gua tu, diucapkan selamat hari deepavali nal valtikal. Muruku yang gua kirim tu jangan lupa pula.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
2 comments:
duit raya aku mana/.?
nah
Post a Comment