Ok. Sementara aku free dan ada idea untuk menulis, aku tulis sekarang.
Seperti biasa, setiap kali jiwa kacau dan kepala serabut, tempat paling best untuk aku pergi adalah PENANG! Biarlah orang kata "takde tempat lain ke kau nak pergi?" Mampus laa... Dah tempat ni je yang aku rasa boleh ubati jiwa dan perasaan aku. Hahaha!
Seperti biasa juga, aku mulakan journey dengan keretapi. Sikap degil dan kedekut akhirnya memakan diri. Aku ambil 3rd class dan akibatnya, aku turun tren dengan pinggang dan leher yang sakit. Fuck!
Sampai di pulau, seperti biasa, dengan tak mandi dan gosok gigi aku terus ke Bukit Bendera. Ya.. Ok. Tren ke Bukit Bendera dah tak macam dulu. Dia punye speed pun ala-ala Star LRT. So, memang berbaloi untuk termenung kat atas tu, tengok Penang dilitupi dengan awan mendung.
Seperti biasa juga, aku checked in dekat budget hotel. Love Lane Inn. Sila google kalau nak tau. Satu bilik RM20, shared bathroom and toilet, good things is aku sorang Malay and hampir-hampir aku nak fell in love, again... fell in love bukan make in love dengan sorang British ni. Hahahaha. Muke buah hati dengan bisikan lembut "take care..." semasa di KL Sentral terngiang-ngiang dan terbayang-banyang hingga menghantui diri ini setiap kali ingin berlaku curang di Penang. Gampang!
Memandangkan cuti tak approve, aku akan balik KL sekejap lagi. Fuck! Oh ya... Total perbelanjaan aku hingga ke hari ini RM61.20. Amacam?
p/s : Public transport di Penang ni memang superb! Nasi kandar line clear? Memang clear!!! Next trip mungkin Danok. Bos, sila approve cuti saya sekali ini....
No comments:
Post a Comment