Semalam, gua sempat sampai KL sebelum pukul 12 tengah malam. Sampai je, terus tuju cari buah hati. Susah payah gua terbalas bila kami sama-sama dapat tengok bunga api dekat KLCC seperti yang dijanjikan sambil berhimpit-himpit dengan manusia yang pelbagai bau dan warna.
Bila gua soroti balik pencapaian-pencapaian gua sepanjang 2010, tak banyak sangat yang gua boleh bangga. Hal-hal kerja memang penuh dengan cabaran yang madafaker. Hal-hal kehidupan gua sebagai hamba Allah, hampir menuju kehancuran. Hal-hal gua sebagai seorang anak pun takde apa yang gua nak bangga. Hal-hal percintaan, susah gua nak ulas.
Jadi, di tahun 2011 ni gua harap gua boleh berubah menjadi manusia yang lebih baik. Gua tak mintak banyak.
3 comments:
Gua tau apa lu minta: "mudah-mudahan Tuhan kabulkan percintaan kami"
amin
pakcik hashim,
amin amin... hahhaha
brutal,
amin. chewah.
Post a Comment