Search This Blog

Saturday, November 20, 2010

Berkualiti

"Lelaki melayu zaman sekarang dah ramai yang tak berkualiti. Sembahyang pun culas. Macam mana nak jadi ketua keluarga. Itu yang bercerai sana sini" kata sorang kakak pertengahan 30-an, bekerjaya, masih solo.

Berapa ramai yang tak pergi sembahyang Jumaat semalam? Yang lepak kat kopitiam waktu khatib dah standby nak kasi khutbah? Yang sibuk beratur amik lauk masa azan berkumandang? Yang keluar dengan awek pakai baju kilang makan kat KFC? Yang ikut bini masuk Giant beli sayur? Yang balik rumah tido?

Sembahyang Jumaat kan wajib untuk setiap lelaki yang Islam, baligh, berakal, merdeka, LELAKI, sihat dan bermastautin.

Kalau sembahyang Jumaat yang 2 rakaat tu pun payah nak buat, sembahyang fardhu yang 2,3,4 rakaat tu apatah lagi kan?

Ha, terasa?

Padan muka!

Padan muka gua sekali..

2 comments:

Mi Ss KaLeKaLe said...

haha tu la psal ! pegi ubah cepatt ..

Bobo Brazil said...

name ko best la.
Kale kale.