Search This Blog

Saturday, September 18, 2010

Separuh hari di arked permainan video

"Cuba kau tengok, Malaysia ni banyak yang berbakat dalam dunia permotoran" kata member gua masa kami melepak di pusat game tengah hari tadi.

"Kalau kita bagi diorang ni kereta sebiji, suruh lalu jalan Karak lama tu ke, Bukit Putus ke, jalan Raub-Fraser, aku ingat memang pejam mata la..." sambung beliau lagi.

"Budak-budak ni, kalau kita kasi praktis hari-hari dah boleh replace Alex Yoong tu. Malaysia boleh setup team sendiri. Tak payah nak import Jarno Trulli ke Heikki Kovalainen ke. Kalau betul cara kita train diorang ni, sepuluh ke lima belas tahun lagi kita boleh dengar nama Ahmad Azizan, takpun Wong Pei Nee atau Marimuthu naik podium F1. Heh, baru 1 Malaysia beb! Time tu baru betul kita boleh bangga Tony Fernandes jadi chief"

Gua mengagguk.

"Ini tidak. Asal buat raid budak-budak ponteng sekolah, tangkap, report mak bapak, lepas tu kasi ceramah. Talent budak-budak ni tak pernah nak pandang. Dulu, masa Azlina bagi cadangan buat trek malam. Tengok berapa banyak yang membangkang. Sekarang, mat rempit menjadi-jadi. Polis pun nak dilanggarnya. Semua ni sebab kene kongkonglah"

Gua angguk lagi.

"Kalau macam tu Jumaat depan kita datang sini pekena tiga empat round. Kalah bayar. Jumaat rehat panjang. Sempat kita nak lari ke sini" gua bagi cadangan. Gua kira-kira kalau tiap-taip Jumaat praktis 2 jam. Lepas tu praktis pula secara praktikal atas jalan balik ofis. Campur pula dengan Sabtu, Ahad dengan hari-hari lain yang berkesempatan, ada harapan gua cipta nama dalam dunia permotoran ni.

"OK, set. Jangan tak jadi pula!" sambut member gua. Mata dia bersinar-sinar.

p/s: Cakap saja berdegar-degar, tapi action takde, ape cerita brader?!

4 comments:

W S R said...

Huhuhu.. Tukang angguk pun tak nak kalah..

elly said...

Masa aku mula-mula dapat lesen kete, jalan Raub-Fraser tu paling mencabar tuk aku...bila dah expert, dengan lori pon aku ajak lumba....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

Alex Yoong tu main tarik upih pinang bro ada kedia dalam sukan pemotoran...wakakak wakakak wakakakaka

Bobo Brazil said...

-WSR-
gua angguk je.. haha

-elly-
elok awak register F1..

-brutal-
kecik hati Alex Yoong klu dia dengar bro...