Search This Blog

Saturday, September 4, 2010

Fasa kehidupan

Dulu, cikgu Juriah Simu pernah beritahu, "Hidup ni macam kita petik suis lampu. Bila di petik menyala, di petik sekali lagi terpadamlah ia". Sumpah. Sampai sekarang gua tak paham dengan cikgu bahasa melayu keturunan jawa tu.

Gua jenguk-jenguk fesbuk tadi. Dah lama gua tak cuci sawang dalam tu. Beri ucapan sepatah dua di status pun dah tak berapa nak sangat. Kalau setakat nak tulis "Seronoknya hari ni berbuka lauk yang emak masak", hapa kejadahnya. Macam perangai budak tadika kemas.

Gua tengok dah ramai kawan-kawan gua yang masuk fasa hidup berdua. Ramai jugak yang dalam process tunggu anak keluar dari perut. Yang baru bersalin pun ramai jugak. Ada jugak yang anak dah masuk dua. Gua kagum sorang-sorang dalam hati.

Dah tengok kawan-kawan, gua cermin balik diri sendiri. Ada yang boleh gua bangga. Ada juga yang gua rasa nak menyorok dalam plastik hitam. Hidup gua sekarang dalam circle yang gua cipta sendiri. Kerja, kerja, kawan-kawan, kerja, kerja, buah hati. Ah..

Tapi, apa guna gua nak mengeluh di pagi Sabtu ni. Pergi mampus sam hal-hal fasa kehidupan. Hidup ni kan macam roda. Kejap gua ada kat atas, kat tepi, kat bawah. Kat mana-mana pun boleh juga.

Sekarang, gua nak siap-siap pergi PD. Pekena mandi laut seround dua boleh juga hilangkan resah di jiwa!

4 comments:

Aku adalah aku said...

Ko agak-agak sambil menyelam minum air tak?

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

apa barang layan muka buku
kirim salam sama ayu di pd..walaupun tidak ayu bernama ayu... jika jumpa awek jambu ..maksud gua awek yang jual jambu ko ngurat la ..gua sebak siut baca lu punya n3 kali ni

eL said...

Hidup kan macam suis lampu LOL.

Gimme five la cikgu Juriah Simu!!!

Bobo Brazil said...

selamat hari raya semua!!!