Search This Blog

Tuesday, August 31, 2010

Kura-kura vs siput babi

Pada suatu pagi yang permai, Keri si kura-kura berjalan sederhana laju ke sekolah. Sepanjang perjalanan beliau menyanyi kecil bagi menghilangkan rasa mengantuk kesan daripada pergerakkan yang perlahan.

Di pertengahan jalan, Keri terserempak dengan Es B, si siput babi yang sedang terhegeh-hegeh menyeberangi jambatan yang merintangi Sungai Buloh.

"Hai Es B" tegur Keri. Dalam pada yang sama beliau menjaga jarak selamat antara keduanya.

"Hai" balas Es B sambil menghadiahkan sebuah senyuman siput babi.

"Boleh aku tanya kau satu soalan?" soal Keri.

"Apa dia. Tanya sajalah. Kau seperti tidak biasa sahaja dengan ku" jawab Es B.

"Aku bukan apa, aku risau nanti engkau berkecil hati" balas Keri.

"Ada-ada sahaja engkau ni. Ha, tanyalah" kata Es B

"Baiklah" Keri menjawab. Keri menarik nafas yang dalam dan menghebus perlahan-lahan. "Aku tengok engkau ni bila berjalan begitu perlahan berbanding aku. Badan engkau kecil. Cengkerang engkau pun kecil. Ada pelincir lagi bila berjalan. Sedang aku, cengkerang ku besar. Keras. Kaki tu tidak berpelincir. Tapi aku lebih laju dari engkau. Sebab itu aku merasa hairan setiap kali melihat engkau berjalan. Seolah-olah ada satu bebanan yang tidak bisa dilihat oleh mata kasarku"

Es B berhenti berjalan. Keri pun sama. Es B menghela nafas yang panjang. Keri berdebar-debar. Risau soalannya itu akan mengecilkan hati sahabatnya.

"Aku... " Es B berkata. "Aku pening memikirkan aku ini keturunan siput atau babi..."


Moral : Kalau malu bertanya lambat laun akan menjadi seperti siput babi! Bebaskan diri anda dari sebarang persoalan atau kemusykilan.

Salam merdeka!

Cerita ini takde kene mengena dengan yang hidup ataupun yang dah lama gone........

3 comments:

elly said...

Siput babi konpius dia keturunan mana...alasan je tuh jalan lambat...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

tak sambut merdeka ..pose bai

Bobo Brazil said...

-elly-
mak dia siput kot..

-brutal-
pose bukan alasan tak sambut merdeka, bai.. hahahaha