Search This Blog

Monday, September 13, 2010

Borak-borak pagi 4 Syawal

"Awak tengok bulletin pagi tadi?" pakcik gua no.1

"Hah, pasal Sosila tu? Habis kene bunuh tu. Bakar dengan taik lembu lagi" pakcik gua no.3

"Zalim sungguh manusia yang buat tu. Awak tak ada dengar-dengar cerita sape datuk peguam tu?" pakcik gua no.1

"Idak pulak. Kata si Sham, glamer peguam tu dekat Banting sane" pakcik gua no.3

"Polis mesia ni lembab. Amik masa dekat seminggu nak tau kene bunuh ke idak!" pakcik gua no.2. Tiba-tiba menyampuk secara emosi.

"Bukan lembab abang ngah. Banyak nak di selidiknye. Bukan boleh main tuduh-tuduh. Bukti tak kukuh, senang sangat nak lepas" pakcik gua no.3.

"Aku bukannya apa. Kalau tengok Gerak Khas tu, kes-kes macam ni mau masuk sampai 2-3 episod. Kalau tengok CSI, kemain cepatnya. Tup-tup dah boleh jumpa sape bunuh" pakcik gua no.2.

.

.

.

Itu jam, gua rasa kuih putu betul-betul duduk melintang dekat kerongkong.

Damn!

p/s: Pak Ngah gua bekas komando. Lain sangat dia punya semangat.

2 comments:

elly said...

Kuih putu...sedap tuh....baru perasan umah aku tahun ni takde kuih putu....

Bobo Brazil said...

nak ke? hahaha