Search This Blog

Wednesday, August 25, 2010

Bulan

Masa gua kecik-kecik dulu, nak tau mak ayah gua dah gaji ke belum, gua akan tenguk bulan dulu. Kalau di dada langit bulan mengambang penuh, tandanya 'can' gua nak dapat makan satay adalah cerah. Selalunya tilikan gua ke atas bulan memang tak pernah gagal. Tak macam Paul.

Bila dah besar panjang dan lebar macam ni, gua gunakan tilikan yang sama ke atas gaji gua pulak.

Malam semalam gua tengok bulan. Penuh, bersinar-sinar dan ada makcik topi panjang melintas depan bulan dengan penyapu.


"Baki anda ******"

Gua senyum nipis.

Sekarang gua dah paham. Kalau bulan penuh, bersinar-sinar dan ada makcik topi panjang melintas depan bulan dengan penyapu itu tandanya gaji dan bonus selamat masuk ke akaun bank anda. Heh!

Tak percaya?

4 comments:

elly said...

Seronok ouk ye...bila gi shopping..macam nak bertembung je...

F A R Y N said...

saya percaya!
haahahaaa

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

orang bulan ni penting oo..
takdatang bulan lelaki pening
asyik datang bulan lagi pening

Bobo Brazil said...

-elly-
Mungkin kita pernah bertembung. hahaha

-faryn-
bagus!

-brutal-
hujung bulan pun pening jugak!