Gua tenung jam. Cilakak! Lewat lah pulak. Gua mula kucar-kacir. Drawing atas meja cepat-cepat gua lipat ala kadar. Kompiter pun tutup guna hujung kasut. Bergegas gua turun bawah untuk punch card. Ayam madu mula menari-nari depan cermin spek gua. Secara auto dada gua bergelora.
Sampai saja di kereta, sayup-sayup kedengaran azan. Terus hati ini jadi sayu. Masuk kereta, gua buka tingkap separuh. Gua nyala lighter.
"Sahaja aku buka puasa...." Gua baca dalam hati.
Gua sedut dalam-dalam. Mata gua menyepet. Pedih betul rasa hempedu. Tak sia-sia gua simpan Marlboro spare celah seat.
p/s: Tak elok melambat-lambatkan berbuka.
2 comments:
dah serupa setan cara lu berbuka
macam ass! mazhab mana ikut buka dengan marlboro. Cobain pun x buat perangai macam lu..
Post a Comment