Search This Blog

Saturday, July 24, 2010

Ada apa dengan budaya membaca amalan mulia?

Gua ke MPH semalam. Cari buku lah, apa lagi? Buku yang pertama untuk 2010. Tahun lepas gua hanya beli & baca 3 buku sahaja. Gua dapat rasakan ada indeks penurunan dalam tempo membaca gua tahun ni. Ah, kerja sekarang memang ass!

Ok, sambung cerita semalam. Gua cari buku ini. Dah lama keluar. Tapi gua baru tahu. Pedulilah! Buletin Utama pun dah 4 bulan gua tak tengok. Mata terus melilau mencari. Habis semua section gua masuk. Tapi gua percaya buku tu takkan terselit di bahagian agama. Yakin benar!.

Lama kelamaan, gua mula fedup. Normal lah. Gua memang cepat fedup dalam hal-hal mencari dan menjejak. Gua serahkan tugas kepada budak kaunter yang sejak tadi gua tengok asyik picit jerawat.

"Brader, buku '28 Hari : Jurnal Rock & Roll' ada tak? Penulis dia Mohd Jayzuan" gua bersuara lancar.

"Sekejap" brader tu jawap sambil menekan keyboard.

"Ada. 5 buah lagi. Bahagian novel sana" sambung brader tu dengan tangan kiri masih setia memicit jerawat.

"Bahagian novel yang mana satu?" gua buat kening The Rock. Gila. Dah 2 kali gua tawaf area tu. Yang ada semua novel cover depan bunga-bunga. Ada juga yang lelaki kacak bersandar pada kereta mewah.

"Sebelah belakang sekali. Yang novel pelik-pelik tu..." brader tu balas bersahaja. Tangan kiri dia dah malas gua nak beritahu kat mana.

"Oh... pelik!"

Ok, semalam gua belajar satu perkara baru. Budak-budak SPM / STPM / STAM aliran sastera sila ambil perhatian. Bukan semua yang bekerja di kedai buku seorang yang minat membaca.

Ass! Apa yang pelik pun gua tak tahu...