Ikut definisi orang-orang HR, cuti kecemasan boleh ditakrifkan sebagai cuti mengejut contohnya berkaitan kematian, sakit pening, ataupun hal-hal kecelakaan yang tidak dapat dielakkan.
Malah gua sendiri selalu menggunakan cuti kecemasan bila gua rasa cemas yakni malas nak ke tempat kerja. Pernah juga gua pergunakan cuti kecemasan semata-mata untuk ke Zoo Negara dengan teman tapi mesra. Mana rokes gua nak jalan-jalan pergi Zoo hari wiken!
Hinggalah hari ini, gua rasa pemberian cuti kecemasan harus dikaji semula oleh company gua dan usulnya harus dipanjangkan sehingga ke mesyuarat kabinet sebelum dibentangkan di dalam Parlimen.
Nak kira settle macam mana kalau korang dapat SMS macam ni?
"Bos, hari ni saya EL. Nenek saya lari dari rumah" -anak buah gua-
Rasa macam celaka tak?
Gua rasa macam nak hentak urat belikat dia masuk keje besok!
10 comments:
apa lu ingat tak valid ke alasan dia. Haha .
-bean-
ape kess nenek dia nak lari tu yg gua musykil..
alasan tak best..ke nenek nyanyuk tak bro...
eh...ok dh tu bgi gua alasan dia.......cuma sok tu lu mntak la dgn die surat cnfirmation dri polis kat kepulauan barbados.......slagi tak dpt cuti tak valid...ah..senang tangani kebingaian mcm ni......
logik pe kata nenek lari,ada je kes mcm ni..sbb bila dah tua,mereka akan jadi nyanyuk dan bit sensitif..so bila ati terluka,diorang lari dari umah anak2...tumpang umah jiran2...
so,staf ko tak bersalah ok ;)
-firol-
tak sampai sampai tahap nak melempang rasanya..haha
-firza-
ok, jap lagi gua cek ngan polis barbados. haha
-faryn-
peh, gua nak bukti solid dulu..haha
kekeke.. lawak betul la alasan dia. bleh jadi pak lawak nih! :p
-alhena-
heh, lawak senario neh... haha
tunggu nenek aok lari esok, tengok aok cuti kecemasan ke terus benti keje hahaha...ampunnnn!!!
-eL-
nenek keh tak lari dah. dia statik je.. hahahahaha
Post a Comment