Search This Blog

Saturday, October 17, 2009

Patut tak gua merusuh?

Ada satu tahun tu, Sungai Buloh dan kawasan sekitarnya glamer sekejap. Sume gara-gara kilang mercun underground meletup. Waktu tu gua darjah dua. Dia punya gegar sampai tahap atap sekolah pun bergegar sekali. Ada jugak gua terpikir kalau kilang ais krim yang meletup, sedap je gua tengok aiskrim turun dari langit.

Malam semalam tengah sedap gua melayang nak masuk alam lelap, tiba-tiba jantung gua rasa macam stop sekejap. Cilakak! Gua tak pernah tahu pulak malam Deepavali ada upacara bakar mercun. Dari jenis mercun papan, thunderclap, gasing, bola, entah ape jenis lagi berpesta tepat tengah malam. Itu jam gua punya mencarut memang tahap kamus Oxford. Tak pasal-pasal gua pergi dating tadi dengan mata serupa panda.

Masa gua tengah taip sekarang ni pun, gua rasa macam dekat Palestin. Bersiung-siung bunyi mercun. Entah kenapa gua rasa macam nak merusuh!

Nota kepala but:
1) Gua pelik dengan undang-undang Malaysia. Orang kastam punya lah susah payah tahan mercun 1 kontena. Ni macam mana boleh lepas masuk Sungai Buloh ni?

2) Gua dengar cerita, tukang supply mercun ni jiran sederet gua jugak. Ni kire gua nak settle macam mana?

3) Kalau sape-sape tahu kat mana gua boleh dapat supply bom C4 underground, kasi roger. Boleh jugak gua join perang sekaki.

5 comments:

Amir Ariff said...

gua asal sg buloh bai..

one_munawwarah said...

kasi report polis je weh..
aku pun simpan dendam sbb dr kecik abah aku tak bg main mercun.

Bobo Brazil said...

-amir-
peh, sekampung...

-one-
gua dah report. haha

asyiqin said...

hoho...membe gua ade jual mercun cina yang rega dia 70 hinggit satu batang..sekali meletup mcm kt dataran merdeka mase merdeka day n agak2 mcm upacara bakar duit jgak...

ko halakan kt pintu gate umah dia fire terus kt pintu..bg ring bell sekali dua...betul dia bukak pintu..ko kasi fire!!!...hoho...terang dlm umah 40hari 40 mlm....

Bobo Brazil said...

letak kat ekzos moto pon rasenya dah orait. hahaha