Search This Blog

Thursday, October 15, 2009

Mamak oh.. mamak

Tadi gua pergi makan tengah hari. Hari ni gua pekena mamak. Entah kenapa perut meronta-ronta mahu diisi kari. Tapi bukan sebarang kari. Kari yang diperangat sampai 3-4 hari. Heh!
 
Masa gua baru je nak duduk, sorang macha sepantas Usain Bolt datang dengan senyum semanis teh tarik amik order. Secara auto gua tersenyum senget.
 
"Nasi, ayam madu, kuah campur, teh ais wuunne!" gua order sambil membuat gaya isi kuah campur. Macha tersebut angguk-angguk dan berlalu pergi.
 
Belum pun sempat punggung gua nak panas atas kerusi, nasi dan air pun sampai. Aroma kari menusuk masuk ke dalam hidung. Perut mula mengeluarkan irama gendang perang. Tapi gua tak gelojoh. Gua ingat baca doa makan.
 
Mula-mula gua sedut air dulu. Tiba-tiba gua rasa ade mende tersekat yang menyebabkan aliran air dari straw terus ke mulut gua mengalami gangguang. Gua check starw. Takde bocor. Gua kacau-kacau air. Gua try teguk lagi. Tersekat lagi.
 
Gua cucuk-cucuk dalam air. Terasa sesuatu yang keras. Gua mula berpeluh kecil. Gua angkat cawan. Telek bawah. Gua berdebar. Gua nampak
 
.
.
.
.
.
 
Arwah lipas. Itu jam gua terus pengsan.........
 
 
p/s : MBSA ke, Jabatan Kesihatan ke, takpun JAIS tak pernah ke pergi siasat tahap kebersihan kedai mamak ni. Gua pergi tadi bukan taraf Mapley. Yang ade iklan dalam TV lagi. Ni ape cerita ni??? Kejap lagi kalau gua cirit-birit, petang ni jugak gua kasi saman RM10juta kat mamak tu. Lahabau!!!!

6 comments:

FARYN said...

pengsan ke?>
elok je ym2..hahaha

semut sesat said...

kalo ko cirit, menang saman 10juta,aku isytihar kite saudara.amacam?

Prodigy said...

fuh, hilang selera makan gua..

asyiqin said...

pastu ko buat apa? panggil ane tu blk x?

bg dia sedut skali air arwah tu....

Bobo Brazil said...

-faryn-
ssshhh... tu rahsia kite dua. haha

-semut-
kite sedara belah mane bai? haha

-ekhsan-
baru lipas bai, belum cicak lagi.. haha

-asyiqin-
mne sempat nak panggil, gua terus blackout. hahaha

asyiqin said...

serius blackout?

xkan kot....kalu blackout pon mesti sbb rs kebulur sgt....