Search This Blog

Sunday, September 13, 2009

Makin menjadi-jadi pulak penyakit lupa ni..

Lepas semayang tadi, tanpa berlengah gua terus gerak ke kereta. Roti jala dengan kuah kari dah terbayang dalam kepala. Kene pulak dengan neskepe tarik buatan sendiri. Sambil makan boleh tengok 2 team bangang main. Peh.... memang layan!

Bila sampai je dekat rumah, gua rase ade something missing. Lepas tu dada pulak tibe-tibe berdebar tak patut. Gua toleh kiri kanan. Mana tau kot-kot ada penyamun tengah standby nak rompak gua. Gua memang tak cekap nak bertindak hero kalau berkain.

Tibe-tibe, Pap!!!! Gua tepuk dahi sendiri. Sambil-sambil tu menyumpah diri sendiri. Macam mana gua boleh lupa mak gua tengah tunggu dekat pintu surau! Ah, makin menjadi-jadi pulak penyakit lupa ni. Harap-harap ni bukan ramadhan terakhir gua.

Ulasan bola serba ringkas Bobo Brazil
1. Gua rasa Sheikh Mansour dah letak jin banghdad dekat Stadium City. Arsenal jadi tak tentu arah bila Manchester City lead 2 gol. Amacam Arsenal, jadi lauk dengan 2 Manchester?

2. Memang sedap game MU malam ni. Tinggal 10 orang pun boleh tambah gol. Game play yang cantik. Spurs, kalau dah ayam, ayam jugak!

5 comments:

alhena said...

ingat kat roti jala n kuah kari sampai terlupa mak? kekeke :P

eL said...

Tu tanda uban mintak tempat perlindungan atas kepala...

Bobo Brazil said...

-alhena-
sbb roti jala lagi sedap

-eL-
tiap-tiap pagi cek uban. hahahaha

one_munawwarah said...

apelah nilainye roti jala 3 seringgit dgn tercicirnye mak.. tak padaiyappa langsung

Bobo Brazil said...

-one-
roti jala sedap di makan depan tv... hahaha