Search This Blog

Thursday, September 3, 2009

Bila diri mula diintai malaikat maut...

Pagi kelmarin gua pergi keje dengan hati semalas babun. Gile babi. Nak pulak pagi tu hujan. Pekene berselimut dengan kipas kelajuan satu memang sedap. Mata pun tak berapa nak segar sangat. Hati dah mula berkira-kira nak singgah klinik.

Bagi menghilangkan rasa mengantuk dan saje nak test cengkaman tayar baru, gua bawak selaju yang mungkin. Memang sedap rasanya. Trafik light pulak hampir kesemuanya bersifat sporting. Tak dapat hijau, dapat kuning. Paling sedap dapat merah ke hijau.

Sampai je dekat simpang Subang Bestari, trafik light mula bersikap tak patut. Semua salah kancil dekat cermin lekat anak patung tu. Langsung takde sikap nak berlumba dengan trafik light. Duduk pulak lane kanan. Sikap macam ni yang buat gua rasa nak sekolahkan orang pagi-pagi buta. Gua terus amik port sebelah dia. Sambil-sambil tu gua main press-press minyak.

Bila lampu tukar je kaler hijau, sepantas kilat gua tukar gear, tekan pedal sampai ke lantai, badan pun tersentap ke belakang disebabkan faktor inersia. Tiba-tiba, sebijik lori sayur menonong keluar simpang dengan kelajuan yang boleh membunuh. Dengan hikmat jurus reflek gua terus mengelak ke kanan. Brek memang tak tekan habis. Kalau tak mau berpusing gua kat tengah-tengah tu. Lori tu punya brek gua rasa memang tahap menghakis tayar. Gua kira memang sipi-sipi je lagi lori tu nak mencium pipi Boboi Gonzales. Mujur kancil dekat cermin lekat anak patung tu memecut macam kura-kura. Memang selamat.

Kereta-kereta belakang mula bagi hon. Ada jugak yang bagi lampu. Dari cermin pandang belakang gua nampak lori tu slow-slow mengundur ke belakang. Mamat bangla Caltex berlari-lari dengan payung tengok ape dah jadi. Mujur takde mat motor yang melayang ke jalan sebelah. Gua memang tak sempat nak hon sedas ke budak lori tu. Gua terus meluncur laju selaju jantung yang berdegup. Itu jam terus teringat baju raya tak beli lagi...

Sampai je kat opis baru gua perasan, masa sipi-sipi nak berlanggar tu mulut memang auto menjerit "F*%$!!!" Langsung tak teringat DIA yang tengah melihat. Ok, wiken ni gua nak cari cd Rabbani yang ada lagu Pergi Tak Kembali. Sekian!

Moral of the story : Kalau hati malas pergi kerja, jangan pergi kerja. Malang memang takde bau!

14 comments:

NORHANIDA YAHYA said...

pergghhhh...
nasib baek kau selamat lagi....
anak pak imam pon belom sempat ko masok line lagi wei..
alhamdulilah....

Bobo Brazil said...

berkat doa anak pak imam kot... HAHAHAHA

F A R Y N said...

ish...kalau takmo pi kerja jgn pi?
mmg betul pun weih..kah kah kah

Emblem of Purity said...

Baca bismillah tak sebelum pegi keje? Ke baca doa makan?

Bobo Brazil said...

-faryn-
kaki ponteng gak ke?

-emblem-
doa lepas sahur kot. hahaha

terrarosa said...

hah ni keh nak kabor menda serius sket , mujur aok tolong peringatkan keh juga :

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

setiap 21 minit tu,
jadi apa aok buat dalam 20 minit yang lepas, duk ngadap internet ke ?
errrr... keh ke dapur dulunya, tolong mak masak apa yang patut heheheheeee

Bobo Brazil said...

-terra-
keh dh siap2 nak terawih ni...

aku said...

kalu malas pegi keja, lu buat2 cam nak pegi dating la..
tentu bersemangat..

Bobo Brazil said...

lagi cam celaka rasa dia. haha

asyiqin said...

sipi2..aku dh banyak...tp yg dh kene br satu...mmg rs trauma yg amat..duhh.....

Bobo Brazil said...

trauma macam lagu elit tu ke?

asyiqin said...

yela sgt...trauma elit tu apo kobondo...ni aku terbaring ingat aku jap gi dh nk mampus..muke berdarah2...tangan sakit rupenye patah....kaki sakit...naik ambulans bukan best...jd kejung je...sakit semacam..malam nk tido terbayang2..mcm kita duk rewind and playback..sampai jahit kt mulut dh ilang pon terbayang2 je...

pastu skang ni aku slalu ilang ingatan...mungkin sbb terhentak kepala..nasib helmet aku selamatkan aku...


serius3x...mintak2 ko xalami apa aku dh alami...kalu nk sakit bg ilang dosa pon biar sakit h1n1...hahahha

Bobo Brazil said...

celaka, H1N1 lagi najis. selsema babi dol! haram...

oo, ko hilang ingatan. meh try test. ape nme kelas kite mse form1?

asyiqin said...

ceh...anggerik..si cengkerik..memori yg baru2 je ilang...fail memori lama aku simpan kt c:/

yg terbaru buh kt d:/