Search This Blog

Thursday, August 13, 2009

Mengamuk di shopping complex

Abis kerja tadi, dengan gaya tak menyempat gua terus bergerak ke shopping complex kepala singa. Kalau tak kerana hati gua meronta-ronta nak kan menatang tu, memang tak hingin gua pergi situ. Kalau kene H1N1 memang tak sempat gua nak berzuriat. KWSP gua nak waris ke sape?

Sampai je gua kat situ, gua terus menonong cari floor map. Senang sikit kerja. Dalam pada gua duk tercari-cari lokasi kedai, sekor pun budak jaga kaunter tak hulurkan bantuan. Tak habis-habis nak layan foreigner. Dari mat salleh, mat arab, sampai la ke mat gelap. Dua ekor lagi budak kaunter menyembang dekat meja. Gua bawak-bawak bersabar. Inilah cikgu BM gua cakap masa sekolah dulu, "Kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiar kelaparan"

Lebih kurang 5 minit jugaklah nak pahamkan floor map tu, dengan kelajuan komuter gua bergerak ke lokasi. Kepala terteleng-teleng nak baca nombor lot kedai. Dalam map mana tunjuk kedai gua nak cari ni sebelah kedai apa. Rasa nak karate map tu tadi pun ada. Gua bawak pujuk hati bersabar lagi.

Ada dalam 15 minit gua terhiling-hiling dekat situ. Gua tengok pakcik guard kedai emas dah mula jeling tajam sambil usap-usap senapang. Gua mula garu kepala. Setiap kali jumpe floor map, gua konfirmkan arah gua betul ke tidak. Berdasarkan ilmu geografi form 3, gua yakin arah gua betul. Ilmu matematik nombor berjujukan pun menunjukkan pengiraan nombor lot kedai gua betul. Gua tanya sorang amoi kedai, dia buat layan tak layan. Kalau tak kerana gua sokong slogan 1 Malaysia, memang gua penampor jugak dia tu! Lagi skali gua bersabar.

Gua dah mula naik semput. Gua amik keputusan untuk pergi ke kaunter pertanyaan. Lagi sekali takde sekor pun nak entertain gua. Tak habis-habis nak menggesel dengan foreigner. Dalam hati gua berdoa diorang kene H1N1. Bila foreigner tu blah, baru lah gua dilayan dengan muka separa manis.

"Ye, ape yang saya boleh bantu" tanya budak tu bersahaja

"Tower Records di sebelah mana ye? 20 minit jugak saya mencari based on floor map tu"

"Tower Records dah lama tutup la.." jawab budak tu sambil buat muka slack.

Gua jadi separuh terperanjat

"Abis, yang ade kat floor map tu Tower Records mende? Dekat level F.10" gua 'up'kan volume suara

"Oo, diorang lupe nak update" balas budak tu bersahaja

Itu jam gua punye darah dah sampai kepala. Telinga, hidung mula berasap. On the spot tangan kanan gua dengan kelajuan pukulan forehand Roger Federer, gua penampor muka budak kaunter tu sambil berkata

"Buat kerja macam setan!!!"

Gua jalan dabik dada tinggalkan budak tu dengan mulut berbuih menggelupur atas lantai. Besok gua nak karate pc ofis pulak.

7 comments:

eL said...

Tower Records dah tutup tu betul tapi penampor tu cite tipu..muahaha!!!! Gelak makcik pagi-pagi ni...

Bobo Brazil said...

baca dalam internet kat situ ade. pecut la pergi. skali... huh! nak kire settle macam mana ni?

asyiqin said...

huhuhu...pttla msg aku...tanya ganu ada ke x tower records tuhhh...giler ahhh..smp ganu pon bleh ke? sbb nk beli cd...ni tahap...bosan giler idup...

p/s: td aku tgk amazing race asia...teringin lak...nk melncong satu dunia sbb bosan kt umah...waaaa...

p/s skali lg: mak aku ckp pengisian jiwa xde...tu la jiwa kosong....cube....berzikir...ya allah seribu seari...jiwa terus bar dia full....x semacam bateri kong..huhu

Firol said...

aku baru tau bile baca ni...

garang benooo

terrarosa said...

jenis yang dah biasa mengamuk masa kecik - kecik dekat Supermarket sebab tak dapat naik kereta 'masukkan duit syiling 50sen' memang gitulah perangai nyer...


hikhikhikk...

Bobo Brazil said...

-asyiqin-
aku cari cd tu untuk tujuan pembelajaran la...

-firol-
hoh?!

-terra-
keh suke naik kuda. yeehaa!!!

asyiqin said...

ooo...ok...nk beli cd blue tu ek...apo? blue...... blue's clue?( blaja cr2 brg) ke ape kejadah tah nmenye.....hohoho...aku msh ingat...kuih2x