Search This Blog

Wednesday, August 12, 2009

Journey Runcit-Runcit : Penang 2

Stesen Keretapi Butterworth

Pukul 545am tren yang gua naiki berhenti dengan selamatnya kat Stesen Butterworth. Masa turun tren gua disambut dengan senyuman mesra pakcik KTM yang pegang bendera merah hijau. Gua balas dengan senyuman yang paling manis.

Tempat pertama yang gua tuju ialah toilet. Gua bayar 20sen, rembat sabun kecik yang jenis selalu ade dekat hotel tu, terus masuk bilik yang ade shower. Heh. Murah tak ingat. 20sen boleh pekena mandi. Masa nak start mandi baru gua perasan gua tak bawak ubat gigi. Berus gigi je yang ada. Gua mula panik. Takkan nak berus guna air je. Ah, kacau betul.... Gua teruskan jugak agenda mandi sambil-sambil pikir cara terbaik nak gosok gigi. Ape cite nak makan nasi kandar tak gosok gigi?

Sementara nak tunggu feri, gua pekena lepak dulu dalam ruang menunggu stesen. 2-3 orang yang gua syak sama tujuan dengan gua melepak sambil minum kopi. Baru gua perasan depan tu ade satu gerai kecik jual roti, kopi instant, dan asam. Ubat gigi jangan haraplah nak jual kat situ. Tak sampai hati gua nak minum kopi tanpa gosok gigi dulu. Rasa macam menghina persatuan doktor gigi.

Dalam pada tu, gua jalan-jalan sekitar stesen. Dah banyak berubah. Lebih kemas dan bersih berbanding 3 tahun sudah.

-Ini gambar rembat-

"Logo sebelah kanan tu logo Eastern Oriental Express. Mula-mula gua ingatkan logo kolonial British. Rupa-rupanya logo untuk sejenis tren. Gua klasifikasikan dia sebagai tren pelancongan. Dia punya route Singapore-KL-Bangkok. Harga tiket dia US$1880 ke US$3750. Pergh... Gua dah masukkan dalam list impian untuk pekena naik tren ni satu hari nanti. Nak tau lebih-lebih boleh check web dia Eastern Oriental Express
"

Dipendekkan cerita gua bergerak naik feri tanpa gosok gigi.

Ferry Penang

Lebih kurang pukul 745am gua start gerak ke jeti. Masa on the way, gua terperasan yang stesen bas Butterworth dah berubah gila babi. Gua plan nak pergi usyar masa balik nanti.

Dalam tengah jalan tu, tak semena-mena gua termenjerit "Gampang!!!" Mata gua terbeliak. Unbelievable!!! Impossible!!! Nan mungkin he!!! Gua tengok dua orang bangla naik secara perlahan-lahan tersengih-sengih. Gua rasa nak bagi penampor time tu jugak. 3 tahun sudah gua macam nak semput naik tangga dari terminal bas ke jeti. Sekarang, dah ade eskelator! Diulangi, E.S.K.E.L.A.T.O.R!!! Mana gua tak rasa nak bagi penampor?! Macam celaka. Pembangunan yang pesat! Pudu raya pun tak pakai eskelator lagi nak ke platform! Gua percepatkan langkah ke kaunter tukar syiling. Hati tiba-tiba rasa panas membara. Entah ape sebab.

Suasana dalam feri tetap sama. Kaunter yang sama jual roti. Jenis roti pun sama dengan 3 tahun sudah. Gua pilih seat kedua depan. Suku perjalanan gua mula terbau bau-bauan yang lama gua rindu. Bau laut Penang. Walaupun berbau hanyir tapi nostalgik beb! Sambil-sambil tu gua bangun untuk snap gambar obor-obor khas untuk sorang cikgu keturunan Jawa yang bertugas di pedalaman Sarawak.

Sepanjang perjalanan gua layan angin laut sorang-sorang... Rasa macam nak buat video klip pun ada time tu.

-Ini pun gambar rembat!-

"Ikut sejarah feri Penang mula beroperasi dari tahun 1894 sekaligus mencipta rekod sebagai perkhidmatan feri tertua dalam Malaysia. Zaman dulu bisnes feri ni diusahakan secara swasta oleh En. Quah Beng Kee dan saudara-saudaranya. Gua bayangkan bisnes dia lebih kurang macam cerita Pendekar Bujang Lapok yang part naik perahu tambang. Bezanya cuma perahu berkuasa tangan dengan feri berkuasa wap.
"

Fakta paling menarik pasal feri:-
  • Kesemua feri di namakan dengan pulau, contohnya Pulau Undan dan Pulau Rimau.
  • Feri tidak beroperasi selama 24 jam. Feri terakhir dari bahagian pulau pukul 1230a.m manakala dari Butterworth pukul 1a.m
  • Jeti feri sebelah Butterworth pernah runtuh tahun 1988. 32 orang mati, 1674 cedera. Cuba bayangkan dia punya havoc time tu... ngeri weih!
  • Seat feri mempunyai sistem kejuruteraan tempat duduk yang boleh diberi tabik spring. Tempat bersandar boleh diubah mengikut haluan feri. Bukan macam tren!
  • Dulu, kesemua feri Penang berwarna kuning. Sekarang, kesemua feri Penang berwarna pelangi. Barulah 'Mami'!!!!
  • Naik feri menjadi agenda wajib bagi kesemua 'first-timer' yang datang Penang. Tak pekena kira tak sah!

3 comments:

eL said...

Dahhh...jangan banyak cakap. Sambung lagi sampai part macam mana awok dapat ubat gigi.

Bobo Brazil said...

Haha. sabar weih..

asyiqin said...

ubat gigi daaa.....amik abu rokok sesapa kt tren tu tonyoh...berkilat gigi lu mcm bangla...kui kui